Tuesday, December 8, 2009
A while huh?
yeah I have to admit that I almost forgot the existence of my Compaq and broadband.
I'd love to write again, but I do have some other obsessions right now.
So the words can wait. I hope so.
till then, tata ",
Saturday, November 7, 2009
Ayah and I
Ayah texted me about it just a day after I had dinner with my sister when she told me Ayah had asked her few times how busy I've been these few weeks.
It was so touching, I can't stop blaming myself for not completing my experiments earlier so that I can spend at least once a month having quality time with him.
I called him yesterday and we talked about the procedures, Ayah said the doctor told him the risk was only 1% and told me not to worry. 1 is still a number ok.
But I don't worry much about the angio-thing.
What matters to me most is that I just couldn't be there for Ayah,
and yeah, I just realized it has been 1 month 1 week and 3 days since our last meeting.
AND I MISS HOME DAMN MUCH!!!!
.... and I miss everyone. EVERYONE!!!!
P/S: My prayers will always be with you, Ayah",
Monday, October 26, 2009
Mystery remains...
When you looked into my eyes
I could say nothing
Coz it seems perfect
You got thru my soul
When you looked into my eyes
I felt warmth
The brightness of your eyes
Shines into my soul
When you looked into my eyes
It goes thru, right to the heart
And the feelings were great
As great as it used to be
When you looked into my eyes
I knew you saw hope
For every reason I have
I have to keep it low
Because when u looked into my eyes
You never knew what was going on in here
A mixed feeling, a kept top secret
That no one would ready to reveal
It was you
That kept me going
That gave me strength
That secretly hoped for the best in me
It was your words
That keeps me moving
That holds my faith
That stops me from any single chance of giving up
And if you’re in the One in The Million
I dun mind texting thousands votes
Because you’re something more.
^_^
Thursday, October 22, 2009
Merepek Eps. Berape?
I miss every-THING.
Owh Mr. Happiness, I'm too stressed out with Mr. Stress! HELP!
P/S 1: I lost my watch, does that mean I lost my time too? Sort of. Too sad for the lost, coz it was a present from mom. Guess I have to wait till next March to ask for a new one (if only there is one kindhearted human being willingly to buy me one T__T)
P/S 2: I was too stressed out the other day, that somehow my tears shaded my eyes, while I was at the laminar flow, with stacks of undone plates. T____T
P/S 3: This weekend I'm going to Sepang, MotoGP. Hope I could enjoy myself eventhough I don't enjoy the bikes that much. La la la~ :P
P/S 4: I was not so happy to hear Kimi will not race for Ferrari next season. But I do believe Ferrari will shine next year ", and poor Kimi for the incident at Interlagos. And no matter who races for Ferrari next season, I'm looking forward to be in Sepang around March or April 2010! Simpan duit! :P
Thursday, October 15, 2009
Penat lelah bukan asma~
P/S: Rindu lah!
Thursday, October 1, 2009
The Best Raya Ever Part 1
A week full of sweet moments with sweet sweet people.
Sweet thoughts, sweet memories, everything lah sweet.
I wish I could make it longer, long enough for me to spend with each of my sweet sweet people.
But it always has to end early. And that would be the only reason for me, to look forward and wish for our next meeting ",
I miss them already. So badly :(
Wednesday, September 16, 2009
God Heard Me
A wish never been told. We hoped it could be delivered but who are we to be so sure, that it would be as what we expect it to be? and it might be.. A wish never been told. (Nur Masirah, 2009)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
^_^
Tuesday, September 8, 2009
The Little Me~
Small things for me but seems so important to my mother.

Friday, September 4, 2009
Daerah ini...
Sejak hari pertama aku pikul bebanan seorang mahasiswa, aku sedar dan maklum tak semua yang dirancang menjadi, dan tak semua yang jadi tak dirancang. Tapi aku masih lagi diri aku, tak mahu lagi peduli apa kata orang, dan aku tidak perlukan pembantu peribadi ke sana ke mari 24 jam sehari. Tak kira apa caranya, aku mahu di penghujung hari aku tidur nyenyak.
Dan setelah tiga tahun bergelumang dengan buku, nota dan minit mesyuarat, aku akhirnya puas sendiri dengan apa yang dianugerahkan Tuhan kepadaku. Terlalu bahagia dan terhutang budi dengan daerah ini, aku terus mencari peluang dan ruang untuk meneruskan langkah asalkan aku masih bernafas di daerah ini. Dan syukurku sekali lagi bila peluang itu datang saat aku benar-benar memerlukan. Walaupun keadaan agak berbeza, aku masih lagi jadi penghuni daerah ini.
Pejam dan celik dan pejam dan celik semula. Dan kehidupan aku banyak berubah di daerah ini. Perubahan kecil atau besar, yang pasti itu semua adalah konklusi kepada jalan yang aku pilih dahulu. Setelah hampir 4 tahun di daerah ini, aku tidak pasti sama ada sayangku pada daerah ini masih seperti dulu. Dan aku seolah kian terlupa mengapa aku masih setia di sini.
Ya, benar. Aku teruskan perjuanganku di sini kerana sayangku pada daerah ini. Tapi semakin jauh perjalananku, semakin aku tidak mengenali pemastautin daerah ini. Seorang demi seorang memperlihatkan warna-warni kehidupan masing-masing. Dan kebanyakannya hanyalah indah di bawah sinar, sebenarnya kelam.
Senyumnya plastik. Kata-katanya sekadar sedap di telinga. Hatinya entah sumpah seranah apa. Di depan bijak mengatur langkah. Di belakang habis cerita satu dunia. Dan yang paling aku kecewa, tak pernah sekali aku mencabar egonya, tak pernah sedikitpun menghalang laluannya, apatah lagi menjaja kekurangannya, walaupun aku sedia maklum buruk baiknya.
Sia-sialah aku bersangka baik. Akhirnya aku juga yang tanggung kesan dan akibatnya.
Kini aku hanya menghitung hari. Bila sampai waktu nanti, aku akan pergi. Jauh dari si senyum plastik. Jauh dari si mulut manis. Jauh dari si muka dua.
Dan kepada daerah ini, maafkan aku andai aku melangkah pergi. Aku perlu hidup dalam lingkungan orang berilmu yang kelakuannya serupa orang yang berilmu. Bukan pelakon drama wannabe.
Tapi, mahu melangkah ke mana?
Thursday, September 3, 2009
Makan-makan Cari Jalan Eps. 1
Dalam banyak-banyak Nando's, Nando's mana paling lousy?
Nando's Mines.
Kenapa?
Sebab lambat serba-serbi. Nak refill kene mintak? OMG. Lepas tu dah bayar bukan nak bagi resit. Baki 5 sen tak pulangkan! 5 sen pun bukan hak die OK.
Dalam banyak-banyak Nando's, Nando's mana paling superb?
Nando's KLCC.
Kenapa?
Sebab walaupun ramai gile orang, servis tetap bagus. Refill? 2 kali kot die DATANG refill. Oh SEDAPNYE!
Plus, pernah jumpe Dafi yang kiut makan kat situ. *Uhukhuk*
Ade lagi tak komen Nando's lain?
Nando's Sunway Pyramid
OK lah. Masuk kategori bagus lah.
Nando's Pavillion
OK lah sebab tak ramai orang jadi takkan servis tak bagus kot. HAHA
Nando's Alamanda
Pernah dulu makan dalam pukul 9 malam, ade ke banyak menu dah habis? Pliz lah. Tapi at least ade refill, tu yang penting! *winkwink*
Jadi secara tak langsung, dapatlah difahami bahawa saya ini seorang penggemar Nando's ",
P/S: Peri Chips TERBAEEKK!!
Sekian ",
Thursday, August 27, 2009
Hati Malaya...
Jadi teringat sesuatu lalu mahu dikongsikan dengan kawan-kawan.
Hari Ahad malam jam 10 pm kalau tak silap, RTM akan menyiarkan kembali filem 1957 Hati Malaya. Sukacitanya saya mengesyorkan kawan-kawan untuk menonton.
Kenapa?
Kerana ia bukanlah filem Melayu yang biasa-biasa. Bermesej dan penuh penghayatan tentang kemerdekaan.
Kalaulah kita benar-benar tahu besarnya pengorbanan mereka yang terdahulu, mungkinkah kita berbalah berpecah-belah saling dengki menindas dan memperjuangkan hanya kepentingan diri?
Saya ingin tahu benar. Benar.
P/S: Selamat Hari Ulangtahun, Malaysia. Sayang kamu ",
Merepek Eps. 3
Siap-siap. Senyum.
Pergi bank. Senyum.
Sampai lab. Senyum.
Mengadap laptop. Senyum.
Sampai malam pun nak senyum.
Meraikan hari ini dengan senyuman. OK?
*winkwink*
La la la ",
Wednesday, August 26, 2009
Merepek Eps. 2
(Awal sedikit dari biasa sebab Prof telefon. urkk kantoi~)
Pergi CIMB. Duit tak masuk lagi.
Pergi Bendahari. Confirm memang nombor akaun salah.
Pergi GSO. Adegan serang-menyerang tak berlaku kerana pegawai in-charge cuti.
(Aku tak peduli. Aku ada bukti! Terima kasih Puan Bendahari ",)
Pergi Fakulti.
Belajar SAS dengan Masanto. TQ ", Ya, bisa cakap bahasa Indonesia. HAHAHA
Pergi Lab Sains Tanaman. Prepare amali petang ni.
Pergi masuk kelas Prof., bagi handouts dan amek attendance. Masuk je kelas tu dah kena dah "Eh, lecturer baru. Shhhh.." OK. wuteva lah!
Dan sekarang di depan laptop.
Esok, senyum",
Tak sabar *winkwink*
Tuesday, August 25, 2009
Sampai bila?
First, August 2008. GSO hantar nombor akaun salah.
Second, June 2009. Aku lambat hantar borang attendance sehari. Duit bayar 3 hari lepas orang lain muka berseri-seri duit da masok.
Third, July 2009. Aku hantar borang antara yang awal. So ape masalah lagi? Pergi lah GSO, GSO kate dah clear. Pergi lah Bendahari, die tanye ini ke nombor akaun? OK. Masalah August 2008 jadi lagi. Katanya dapat surat dari GSO itu lah nombor akaun nye. Dah betulkan kat Bendahari, ako patah balik pergi GSO. GSO kata "Eh, dekat rekod saya betul nombor akaun ni.." OK. Saling menyalahkan lah anda semua, janji duit aku masuk.
Dan hari ini, di kala orang lain girang gembira hati tenang duit dah masuk, aku pergi ATM dan lihat baki RM 49. Nak tak nak terpaksa keluarkan jugak sebab wallet aku penuh dengan kertas aje.
Aku pergi kaunter GSO,
"Kak, saya nak check lah. Kenapa duit GRF saya tak masuk lagi."
Dengan muka masam "Oh memang ade yang lambat masuk. tunggulah 27, 28 hb ni"
"Tapi kak, last month pun lambat. Sebab salah nombor akaun. Jadi saya nak tau lah kat mane stuck. Lagipun, kawan-kawan yang hantar lagi lambat pun da dapat da. Boleh check kan tak, ni nombor matrik saya.."
"Oh orang yang in-charge ni cuti lah. Memang ade group yang lambat. ade berape belas hari tu.. Check dengan bendahari lah."
"OK" dan dalam hati aku dah tak peduli, biarlah kurang berkat Ramadhan aku, memang dah maki hamun dah GSO.
Pergi Bendahari.
"Kak, saya nak check lah. GRF saya tak masuk lagi. Boleh tak tolong cek sama ada masuk lambat or ada problem dengan nombor akaun.."
Dengan muka yang manis akak tu mintak nombor matrik. Sejuk lah sikit hati kan.
"Jap ye dik, akak tanya Puan Suzana"
"Dik, Puan Suzana dah keluar lah. Dia pergi KPT. Akak bagi nombor dia, nanti adik call petang nanti ye."
"Ok. Terima kasih ye kak"
"Adik call tau petang nanti, sebelum 4.30 ye"
Haihh. Baik pulak akak ni. Semoga Allah kurniakan pahala puasa berganda-ganda untuk dia.
Jadi, persoalan antara 2, sama ada aku hantar borang lewat lagi, atau salah nombor akaun.
Dan aku baru saja terima SMS rakan sefakulti yang hantar borang lewat sehari dari aku .. "Duit aku dah masuk"
Maka, fahamlah aku bahawa mungkin nombor akaun salah lagi atau entah apa masalah baru pulak.
Sejujurnya, hanya satu perkara yang bermain di fikiran.
Siapa mahu bela nasib pelajar siswazah seperti aku?
Konon mahu jadi Universiti Apex, mahu memperkasakan penyelidikan.
Pelajar siswazah diwajibkan menghantar jurnal sebagai syarat untuk bergraduat.
Mahu yang hebat-hebat. Mahu jadi universiti bertaraf dunia.
Tapi pengurusan? Tak payah lah nak syok sendiri dengan ISO certified tuh.
Petang ini, aku akan pastikan puncanya dengan Puan Suzana.
Dan kemudian, aku akan panjangkan hal ini kepada Timbalan Dekan Siswazah Fakulti.
Aku dah tak peduli. TNC pun aku boleh jumpa. Janji, kejadian seperti ini, tak berulang.
Tak berlaku pada orang lain.
Kerana aku tahu peritnya seksa.
Aku tak nak menangis sebab bende bodoh macam ni lagi.
Dan aku tak nak orang lain menangis kerana benda bodoh macam ni jugak.
Tapi aku percaya, hidup ini karma. Aku harap satu hari nanti bila duit gaji kau tak masuk sebab benda bodoh macam ni, kau akan teringat dulu kau ade buat silap sampai ade sorang student post-grad hanya makan ayam percik yang dibahagi dua untuk berbuka dan sahur pada bulan puasa yang orang lain duk kutip pahala. Sekian.
Nota kaki:
GSO - Sekolah Pengajian Siswazah,
GRF - scholarship
TNC - Timbalan Naib Canselor
Monday, August 24, 2009
Merepek Eps. 1
Lab sejuk.
Hari Hujan.
Mengadap laptop.
Dengar lagu.
... No matter what I do ...
Teringat sesuatu.
Deja-vu.
Senyum.
Sambung kerja.
Sekian.
Saturday, August 22, 2009
Anak-anak itu?
Kejar-mengejar berebut-rebut.
Tawa riang senyum suka.
Dan aku, turut gembira.
Terkadang tangis bingit,
Terkadang jerit perit,
Terkadang diam bisu,
Terkadang sunyi rindu.
Anak-anak itu,
Darah dagingku.
Anak-anak itu,
Kesayanganku.
Dan selama ini,
anak-anak itulah,
INSPIRASIKU ",
Ikhlas,
Maksu ", *winkwink*
Friday, August 21, 2009
Matahari dan Pelangi ",
Ya. Saya masih ingat orang pertama yang mengungkapkan nya kepada saya. Empat tahun lalu.
Peliknya. Memang dalam dunia ni, mungkin dalam hidup saya Tuhan hadiahkan seorang sahabat yang ada ketika saya susah dan hilang ketika senang. Bukan saya tak tahu menghargai atau tak kenang budi, tapi hakikatnya bila senang, Tuhan jauhkan dia dari saya. Dan ketika susah, datanglah dia ibarat pelangi yang tak pernah gagal buat saya tersenyum ",
Dan mungkin benar sekali dia memang pelangi. Kerana pelangi jarang-jarang kelihatan. Syaratnya selepas hujan, itupun tak tentu. Bila cuba diingatkan kembali, sangat betul yang sudah terlalu lama saya tidak melihat pelangi. Maksud saya pelangi yang tulen, yang tujuh warnanya itu (Michael Jackson Kills His Brother In Uganda etc.) Dan si pelangi? Lagi lah lama tidak terlihat. Entah bila. Bila-bila Tuhan izinkan ",
Ungkapan di atas, walaupun hanya beberapa baris, tapi amat mendalam maksudnya bagi saya. Jika diingatkan kembali, memang saat itu matahari saya langsung hilang. Dan pedoman juga hilang. Masa depan? Hampir-hampir saya letak tepi. Seingat saya, ketika dia ungkapkan ayat itu, saya terlalu mahukan sesuatu yang tak mungkin jadi milik saya. Saya terlalu rindukan kehidupan lalu yang ceria bahagia, dan begitulah bila mimpi dan impian mengatasi realiti kehidupan.
Ketika hidup saya penuh penyesalan, jiwa kosong, hati tak tentu, dan pertimbangan luar kebiasaan, maka Tuhan datangkan dia untuk membuka mata hati. Benar. Ungkapan itulah yang buat saya kuat. Yang mengingatkan saya tentang peraturan kehidupan. Dan menyedarkan saya indahnya hidup yang saya ada. Walaupun dia tak mungkin tahu tentang entri ini, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga, semoga pelangi nya selalu indah.
Kadang-kadang perkara kecil bagi kita, mungkin besar maknanya bagi orang lain. Dan begitu juga sebaliknya *winkwink*
Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih dia. ",
P/S: tanpa Matahari, takkan ada Pelangi. kan? *winkwink*
Monday, August 17, 2009
Cerita Kita Satu Hari ",
= Perut Kenyang Suka Hati ",
Tapi tak salah rasanya bicara kembali cerita kita bagaikan layar mempamer detik-detik suka terselit duka ",
Dan memori pun tercipta lagi *winkwink*
ermm ... Takpe lah. Biar jadi misteri ",
Wednesday, August 12, 2009
Suka suki Jaga Exam
"Kak, nak tanye lah, soalan ni nak bagi faktor umum ke, bagi contoh spesifik?"
"Oh, tak pastilah. Tunggu Prof datang jap ye. Dia yang buat soalan."
"Ow, abes akak buat ape je? Pusing-pusing jalan-jalan je ke?"
"............"
Babak 2
"Kak, saya nak tanye ni?"
"Ape dia?"
"Bleh tak saya tanya, umur akak berape?"
"Oh, teke lah"
"Erm. tak tau lah. Tapi ikut saiz kasut ni macam saiz 6"
"........................"
OK. Persoalannya di sini, apakah saya kelihatan terlalu muda untuk menjaga exam?
Atau soalan exam itu terlalu susah sampai mereka mencari alternatif untuk hilangkan stres?
Yang pasti, masih saya yang jadi mangsa. T___T
Sunday, August 9, 2009
Yesterday~
I was pretty tensed with the exam. The school surrounding wasn't inspiring at all, which I wonder how the students cope with the 'nice' view. A new friend I met even said it was like an abandoned school. But maybe it's their recipe of success, who knows?
The questions were all direct, and it was really an advantage if you always play with numbers, but for me? HAHA. Numbers .. wut?
And the last part, the English essay, I finished my writing for 30 minutes and then 'cabut' lah! Seriously, it was really a hectic day for me.
Driving back to UPM was another thing. I didn't expect the traffic in Kajang was that bad. Luckily I went out earlier so that at least I didn't have to join the candidates crowd. And yeah, luckily I only drive a Kancil, a perfect machine for a busy road. HAHA
Being alone among the crowds with majority of working people made me feel uncomfortable. Does that means that I have stepped out from the comfort zone? I wished I had. Because I think the world around me since 5 years ago aren't changing much. Same people, same building, same atttitude, same mentality etc. But no worries, the time will come. And I'll definitely leave the comfort zones to seek for a better chance. When? Just wait!
Above all, what happened yesterday were all out of my imagination. Never dreamed of, never hoped for, never. And it just happened. Things I never thought of doing, places I never imagined of going, people I never expected to meet. But hey, I did it! And I feel good bout it despite all the mental-torture I've had earlier. *winkwink*
And I thank God for giving me opportunities, and letting me choose the path, which I never regret of doing ",
Thursday, August 6, 2009
Yang Mana Satu?
Hampir terlupa saya pernah menjadikan PTD sebagai pilihan dalam borang SPA. Minggu lepas baru dapat surat untuk peperiksaan, yang entah berapa ribu manusia yang ambil. Tak mengapalah, mak kata sekadar pengalaman. Saya pun rasa begitu. Tapi, kalau mahu pergi, takkan tiada persiapan, bukan? Jadi terpaksalah menelaah buku SKP 2101 Kenegaraan Malaysia dalam baki sehari setengah ini. Tak kisahlah apapun hasilnya, janji saya dapat kepuasan kerana telah berusaha ",
2. Konvokesyen UPM ke-33. 8 & 9 Ogos 2009.
Rasanya inilah konvokesyen paling penting untuk saya hadiri selepas konvokesyen sendiri. Kenapa? Kerana rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mendaftar tahun 2005 akan bergraduat pula kali ini. Oh tak lupa juga adik-adik junior yang telah tamat ijazah 3 tahun. Kerana saya pernah melalui majlis konvokesyen sendiri, jadi saya begitu faham ertinya bagi seseorang itu. Selain kehadiran keluarga, pastinya rakan-rakan seperjuangan lah yang diharapkan untuk sama berkongsi kegembiraan. Rakan-rakan Bacelor Sains Pertanian dan junior Bacelor Sains (K) Mikrobiologi hari Sabtu petang (oh tak lupa juga coursemate yang extend 1 semester dulu). Lab mate Bacelor Sains Hortikultur hari Ahad pagi, dan junior Bacelor Sains Perniagaan Tani pada petang Ahad. Ok. Hari Sabtu kemungkinan besar memang wajib pergi lah, sejurus tamat peperiksaan PTD jam 4.30 pm. Hari Ahad itu yang jadi tanda tanya. Kenapa?
3. Reunion kecil-kecilan SK Taman Ehsan. 9 Ogos 2009.
OK. Setelah keluar beronggeng bersama rakan-rakan lama di Red Box The Curve minggu lepas, terciptalah idea untuk keluar berkelah pula di Hutan Lipur Kanching. Entah di mana, saya tak pernah sampai pun. Jadinya, bersungguh-sungguh mereka mahukan saya hadir. Hati dah berbelah bahagi. Konvo @ reunion? Haishh. Sampai sekarang pun masih pusing lagi.
Dan mungkin sepanjang waktu sebelum hari Ahad pasti berkira-kira lagi. Aishh. mana satu ni? Tolong!
Saturday, August 1, 2009
Kisah tak kisah lah.
kau nak perjuangkan hak kau,
kau nak bawak perubahan,
kau nak tunjuk perasaan,
ada aku kisah?
Tak. Aku tak kisah.
Tapi yang buat aku kisah,
bila akibat dari perlakuan kau,
mendatangkan susah pada aku.
Roadblock sana sini, jam sana sini.
eh tolong lah!
dan aku pelik jugak,
selama ni kau hidup dengan sengsara ke yang kau nak bawak perubahan sangat?
Jadilah orang-orang yang bersyukur, ok?
dan kawan-kawan yang disayangi,
sayangilah masa depan anda.
sayang bangsa, sayang negara. bukan hanya sayang par-ti. ok?
Friday, July 24, 2009
Hanya monolog picisan...
Sudah begitu lama rasanya sejak insiden yang menghancurkan impian aku berlalu. Peristiwa yang merubah cara pemikiran dan pertimbangan, hati dan perasaan, juga perkataan. Pembawakan diri yang lebih agresif ku kira buat aku lebih selesa dengan persetankan kata orang. Aku juga punya hidup seperti kau, kau dan kau yang tak sudah-sudah berkata aku itu dan ini, sedangkan kau, kau dan kau tahu benar aku juga punya impian besar, dan hasil kata-kata kau, kau dan kau impian aku musnah, ya, memang impian aku musnah kerana kegagalan aku, tapi terdorong oleh perlakuan kau, kau dan kau juga, tahu?
Dulu aku hidup dengan menjaga hati orang, menjaga mulut orang, sampai hati aku tidak serupa hati lagi, dan mulut terkunci. Hanya air mata yang mampu bercerita deritanya hati bila terhukum seorang aku hanya kerana apa yang tak aku pinta, tapi yang Tuhan kurnia. Hasad dengki dan rasa hati yang tidak pernah puas dilempar semudah memejam mata kau, kau dan kau. Dan aku, terbiar sendiri mengutip cebisan hati yang berkecai , ku cantumkan dengan deraian air mata yang tak pernah surut dalam hati. Tapi zahirnya, tak pernah terlihat oleh siapa pun, hanya antara aku dan Tuhanku.
Ya aku sendiri. Juga beberapa insan yang prihatin. Yang aku kenang jasa mereka selagi Tuhan izinkan. Yang sentiasa di ingatan, yang sering hadir dalam rindu. Benar aku rindu. Bila Jalan Kehidupan yang ku lalui ini lebih sukar dan tak terbayang, bila tak satu tempat pun benarkan aku menumpang teduh. Mulalah aku menoleh seketika jejak yang kutinggalkan, harapnya ada yang mengejar dari belakang, tapi sunyi. Hampa.
Aku keliru. Kini aku tak lagi hidup dengan kata kau, kau dan kau. Tiada lagi ayat dan baris kata kau, kau dan kau yang menggangu. Telah juga aku bina impian yang sedikit dan kian membukit, telah aku genggam bara jadi abu berterbangan, telah aku jinakkan perasaan amarah dan dendam silam. Namun hati, tetap sayu, pilu, tetap begitu. Air mata? Teman setia.
Aku impikan sinar,menyuluh terang, Aku idamkan irama, memecah kesunyian. Dan aku harapkan satu, mengisi kekosongan. Kosong jiwa kosong. Kalau kosong mengapa tak isikan saja? Kalau kosong bagaimana mahu bahagia? Kalau kosong, apa ertinya? Kosong bukan bererti tiada, kosong tak bererti tak bahagia, kosong ada ertinya. Hanya satu yang dapat jadikan kosong jadi satu. Bagaimana? Itu bukan hak aku untuk menentukan. Hanya kosong dan satu yang tahu.
Aku dambakan hati yang mendambakan aku. Aku dambakan cinta yang perlukan aku, yang mati bila tiada aku.
Aku dambakan kemaafan dalam amarahku, dan sokongan dalam kelemahan aku.
Aku dambakan kepercayaan yang melangkaui keyakinanku, dan keikhlasan dalam kesusahanku.
Aku dambakan keredhaan dalam perjuanganku, dan kekuatan dalam kedukaanku.
Aku dambakan jiwa yang indahnya menutup keburukanku, dan bahagianya buat jiwaku tenang.
Terlalu beratkah permintaan dari hati yang dulu pernah hancur dan takut terobek lagi?
Kerana aku dijadikan Tuhan tak berdaya, walau zahir tampak keras.
Kerana aku diciptakan Tuhan dari rusuk si gagah, untuk dilindungi lemahnya aku, bukan dituding semua salahku.
Ya Allah, Kau lindungilah aku, selagi rusuk ini belum pulang pada tuannya. Kerana aku begitu kerdil dalam lautan manusia yang tak tentu niat baik buruknya, dendam dan amarahnya. Amiin.
Mahu pakai kasut aku? Kalau kau mahu tahu.
Monday, July 20, 2009
Akhirnya saya terima...
Fahamkan lah. Saya tahu, saya terima dan sangat setuju dengan pemansuhan itu atas satu sebab saja, sebab yang sangat kukuh. Kerana anak-anak luar bandar.
Mungkin tempoh hari orang mengklasifikasikan saya sebagai orang bandar yang tidak kisah andai ada anak desa yang ketinggalan, kerana mana-mana yang berjaya melepasi tahap itu akan lebih berjaya di masa depan. Saya tidak kisah. Apapun orang menafsir, selagi tidak diburuk-burukkan atau dijaja merata kisah saya, saya tidak ada masalah.
Anak-anak luar bandar. Ya, saya bukan anak-anak luar bandar. Tapi tak bermaksud saya tidak pernah meletakkan kaki dalam kasut mereka.
Ingin sekali saya kongsikan dengan dunia, kisah 3 tahun dulu. Ia bermula dengan kem kepimpinan yang lebih sesuai saya gelar kem penderaan kerana penderaan fizikal dan mental yang diterima sehingga tak setitis pun air mata mahu mengalir keluar kerana hati sudah kering kontang.
Dengan hati yang kering-kontang itu disusuli pula dengan kem BTN Asas untuk semua bakal fasilitator minggu orientasi, hati kering itu terus kering dek seorang yang menjengkelkan.
Dan selesai kem BTN itu, terus pula kami ke Pantai Timur.
Bakti Siswa. Tidak seperti bakti siswa yang biasa, Bakti Siswa (BAKTIS) kami tidaklah tinggal di rumah orang, tapi kami lebih tertumpu kepada pengisian di sekolah. Tahun itu adalah tahun ke-3 team Kolej 14 hadir menyumbang bakti di SK Beris Lalang, Bachok, Kelantan. Dan yang pertama dan terakhir bagi saya ",
Sebaik sahaja kelibat 2 bas UPM kelihatan di hadapan sekolah, berlari-lari adik-adik beratur di sepanjang jalan masuk. Saya kaget seketika. Turun saja dari bas, terus mereka bersalaman dengan kami, hati kering saya sebelum itu sedikit goyah dek adik-adik yang kecil comel, sudah darjah 6 masih lagi kelihatan seperti darjah 3 kalau di KL.
Aktiviti diteruskan. Slot perkenalan baik-baik sahaja, walaupun saya agak asing dengan dialek Kelantan, tapi saya cuba fahamkan demi adik-adik. Hari pertama, kebanyakan aktiviti tidaklah berkisar kepada individu, tapi berkumpulan.
Namun, yang masih kekal di ingatan saya. Bila tiba saja slot Bahasa Inggeris, hanya ada beberapa saja yang teruja. Dan yang pasti, paling teruja adalah anak cikgu. Ya, anak cikgu pandai. Anak petani?? Anak nelayan??
Saya hampiri adik-adik yang kelihatan diam. Saya tanyakan dia beberapa perkataan di atas kertas. Sepi~ saya kata, "Tak apa, kakak boleh ajar. Jangan takut, kakak tak marah."
Saya tanyakan, "Adik darjah berapa?"
Jawab si adik, "Lima"
Oh. tahun depan mahu UPSR. jadi masih ada waktu untuk belajar. Saya fikir dalam otak. Tak mungkin saya lafazkan pada adik itu.
Saya tarik dia ke tepi, tanyakan bagaimana mengeja perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Jangankan menyebut, tangannya kaku bila saya berikan pensel dan kertas.
Lalu saya tanyakan, "Adik tahu tulis ABC?" Sepi~
Saat itu mata berkaca. Bukan adik itu tapi saya. Dan hati kering itu, tidak kering lagi.
Cepat-cepat saya kawal emosi agar air mata tak tumpah walau setitis pun, malu weh nangis depan budak-budak. HEHE
Lalu, saya ajarkan dia mana termampu. Dan yang pasti, bukan hanya seorang seperti adik itu.
Saya bukan cikgu, bukan juga seorang ibu. Tapi saya juga tahu, pentingnya ilmu untuk generasi adik itu. Kerana generasi itu bakal meneruskan perjuangan yang saya warisi dari orang terdahulu.
Dan saya faham kenapa mereka boleh jadi begitu. Betapa insafnya saya waktu itu, kerana aturan hidup saya ditentukanNya penuh dengan kesenangan dan kelancaran. Alhamdulillah.
Dan saya tinggalkan bumi Beris Lalang itu dengan doa dan semangat saya buat adik-adik comel itu. Semoga mereka jadi insan berjaya satu hari nanti. Dan saya harapkan mereka juga akan membantu generasi akan datang seperti mana saya pernah berbakti yang sedikit itu kepada mereka tanpa mengira fahaman pol-itik. Yang penting, majukanlah bangsa kita",
Tiga tahun dah berlalu. Tahun lepas pernah kami bina team BAKTIS sekali lagi, tapi tak berjaya kembali ke sana, dek isu wang ringgit konon tak berbaloi dilaburkan di sana hanya kerana perbezaan fahaman pol-itik orang di sini? Tolong lah! Tidak ada syarat untuk membantu adik-adik itu. Sepatutnya. Tapi kami akur, kami sedar kami ini siapa.
Baru-baru ini, saya terima kiriman SMS, katanya adik dari Beris Lalang, sudah di Tingkatan 2. Sejujurnya saya tidak ingat pun nama-nama mereka, barangkali kerana terlalu ramai dan juga kerana sudah lama. Tapi tak mengapalah. Saya gembira, terlalu gembira kerana ada juga yang masih ingat pada saya. Dan doa saya sentiasa mengiringi adik-adik Beris Lalang. Semoga jadi insan baik-baik ya dik ",
Wednesday, July 15, 2009
RP..
Reverse psychology? Anda pasti tahu apa itu kan. Jadi tak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar kerana saya bukan dalam mood untuk menghuraikan fakta.
Sedar atau tidak, reverse psychology(RP) ni digunakan secara meluas, dalam apa jua taktik untuk mendapatkan sesuatu, dalam kehidupan seharian kita.
Cuma yang ingin saya ketengahkan di sini adalah taktik RP ini sering juga digunakan oleh lelaki untuk menarik perhatian si gadis. Betulkah? Ala. Korang takkan nak ngaku kot.*winkwink*
OK lah, kalau bukan korang (yang baca blog ni), ade la segelintir yang pernah saya jumpa sepanjang perjalanan hidup ni.
Situasi dia macam ni la. Modus operandi yang stereotaip.
“Eleh, ko ingat ko baik sangat ke? Depan orang jual mahal, tapi layan ramai je kan?”
“Ko ni bukan baik sangat pon. Aku tau sangat perempuan mcm ko ni. Harap muke je.”
“Eleh. Ingat aku nak kenal sangat ke dengan ko? Takyah perasan la weh”
*bukan ayat sebijik-sebijik. Takkan nak hafal kot ayat yang remeh-temeh ni.
Kenapa saya kata ini contoh RP?
Sebab bile dah mula ayat-ayat nak cari gaduh dan cari pasal tu, saya secara otomatik akan menekan butang IGNORE seterusnya mematikan kewujudan mereka dalam hidup saya. Noktah.
Sejam. Dua jam. Dua belas jam. Satu hari. Dan kemudian ada pula mesej-mesej seperti:
“Sori lah kalau awak terasa. Saya mintak maaf. Tak bermaksud pun nak cakap awak macam tu”
“Sebenarnya saya ikhlas nak kawan dengan awak. Maafkan saya ye.”
Dan ketika itulah OMG akan bertukar menjadi WTHello (inspired from Ayep's blog: WTFun which its origin is unknown *winkwink*)
Nah. Bukan saya yang buat assumption. Tapi pengakuan dari tuan punya ayat. Mahu fikir apa lagi?
Jadi, dalam hal ni saya anggap penggunaan RP seperti di atas sangat tidak sesuai. Ada saja taktik RP yang berjaya dalam isu menarik-tertarik-kau memang da bomb ni, tapi berhati-hatilah apabila menggunakannya. Kerana ia boleh jadi ibarat menjilat ludah sendiri.
Kepada lelaki yang segelintir yang menggunakan taktik seperti di atas, silalah fikirkan modus operandi yang lebih extravaganza. Sebab takut-takut nanti sendiri yang hati sakit. (Balasan sebab menyakitkan hati orang lain pada awalnya)
Kepada si gadis, jangan lah terlalu ambil pusing jika ada kata nista yang dilemparkan. Andai kita benar, tak perlulah hiraukan ayat-ayat RP ni.
P/s: Teringat dialog dalam satu kisah cerekarama bertajuk Cinta Dalam Hati lakonan Zafrul & Elly Mazlein. Lebih kurang begini maksudnya “Tanggungjawab seorang lelaki untuk meletakkan martabat wanita di tempat paling tinggi” ~iya kah?
Friday, July 10, 2009
Karya lewat malam 4
Tolong jangan ganggu saya,
SAYA TAK MINAT"
Ok. Petikan ni adalah dialog Iman dalam filem Sepi lakonan Baizura Kahar.
Tengah-tengah malam buta ni tiba-tiba teringat dialog dan scene tu. Entah kenapa.
Mungkin penangan tidak boleh tidur sebab siang tadi tidur berjam-jam untuk menghilangkan sakit kepala. HAHA
Tapi sebagai seorang perempuan saya rasa scene tu sangat cool.
Kalaulah dapat ungkapkan dialog yang sama. Dengan nada yang sama. Cool! HAHA
Siapa mahu jadi Syed Hussein a.k.a. Ean? Angkat tangan!!
(Buang tebiat kerana tahu tak pandai berlakon tapi mahu juga!*winkwink*)
P/S: ini entri suka-suka. tak ada niat menyinggung sesiapa. Tapi kalau terasa, anda tergigit cili agaknya ", *BOOM*
Karya lewat malam 3
Perkataan pertama yang saya samaertikan dengan perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB.
Dan bila menyebut tentang tanggungjawab, bermacam-macam lagi yang timbul. Komitmen, amanah, toleransi, persefahaman, bla bla bla ….
Saya tidak sekali-kali pernah melarang atau menyalahkan mereka yang kahwin di usia muda. Tak pernah! Yang saya salahkan adalah kesediaan untuk berumah tangga batu atau papan, atau sekadar pondok tiada dinding, atau mahu sekadar beratapkan langit?
Saya tahu, sememangnya tuntutan agama kita sendiri untuk berkahwin jika sudah mampu. Tapi mampu bagaimana? Mampu menyara keluarga dengan duit biasiswa? Mampu berkahwin dengan duit pinjam? Mampu membuat majlis dengan duit ibu ayah? Mampu bagaimana itu? (Maaf bagi yang terasa",)
Telah lama saya letakkan syarat MAMPU ini dalam standard saya sendiri. Dan kerana itulah, pada umur 23 ini saya tidak fikir lagi soal itu. Perancangan tetap ada, tapi bila dan siapa itu biarlah saya simpan sendiri. Sampai masa nanti, pasti akan saya beritahu pada dunia”,
Mampu bagi saya? Mungkin agak tinggi permintaan saya. Tapi tidak lah keterlaluan. Mampu menjaga dan memenuhi keperluan saya sebagaimana mak dan ayah saya berikan. Cukuplah dengan ruang tinggal yang selesa, tak kisahlah janji boleh bernafas. Kenderaan? Janji selamat dan sampai ke destinasi. Yang lain-lain biar saya fikirkan sendiri. Tapi bukankah lebih manis kalau dihadiahkan? HEHE
Kalau saya mahu berumah tangga, saya mahu rumah batu. Kerana ia lebih kukuh dan selamat, sekurang-kurangnya tak melayang di pukul angin. Atap tak terbang, mungkin bocor sedikit tak mengapalah, boleh ditutup lubang itu bila hari dah cerah. Tertutup dengan dinding, tidak ada celah yang membenarkan untuk diintai, jadi rahsia tersimpan kemas. Tingkap? Oh, kalau kita terlupa untuk menutupnya. Salah kita juga, bukan salah tingkap. Tapi sekurang-kurangnya tingkap itu ditutupi langsir, jadi hanya yang benar-benar hebat dapat melihat isi dalamnya.
Rumah batu saya akan saya cat dengan cat Colourland, kerana ia buatan Malaysia”, Warna pilihan? Merah jambu warna kasih sayang, biru tanda kesetiaan, dan putih? Kerana ia bersih. Ibarat syurga.
Oh lupa. Rumah batu saya akan saya pagar dengan elok, pintu dan tingkap terpasang kunci yang kukuh, tak lupa juga gril di setiap ruang yang perlu. Bukan mahu jadi penjara, tapi tak mahu sesiapa pun tanpa rela mencapai yang bukan haknya, yang jadi milik saya dan seisi rumah batu itu “,
Jadi, saya tak kisah untuk tunggu sedikit lama. Memberi ruang untuk Jurutera rumah batu saya itu mengumpul batu-batu paling baik kualitinya serata dunia. Agar rumah batu saya takkan pernah retak walau seinci, dan tersergam indah tak kira dipukul badai dunia sekalipun. Paling penting, bila rumah batu saya siap kelak, menetap di dalamnya bahagia bagai dalam syurga”,
Dan seandainya saya tak sempat menduduki rumah batu impian saya itu, saya nantikan Jurutera rumah batu saya di alam lain. Mungkin di situ lebih sesuai kita binakan rumah batu kita itu “,
Tersenyum.
Karya lewat malam 2
Doktor sarankan saya untuk melihat trend sakit kepala ini. Mungkin ada makanan yang tak boleh di makan. Dan bila doktor tanyakan tentang coklat, cepat-cepat saya menjawab, semalam tak ada makan pun doktor! Jangan lah ditarik balik nikmat coklat itu dari saya, TOLONG! Tak sanggup! Walaupun tidak makan coklat dengan kerap, tapi nikmat coklat itulah terapi di kala stress yang melampau. Hakikatnya, saya dan coklat teman rapat! “,
Doktor kata mungkin migrain. Terdiam. Mungkin terlalu banyak berfikir. Atau terlalu banyak perkara yang menggangu emosi? Entah. Selama belajar degree tunggang-terbalik-dunia pun tak pernah lagi kepala di gigit. Dan bila masa kisah cinta tak indah dan pecah-berderai juga belum pernah sakit begini. Mungkin ini tanda-tanda kedewasaan. Atau penuaan? Saya relakan yang pertama. HEHE
Apa-apapun, saya harap ia tidak datang lagi. Tak mahu! Mahu hidup riang-ria! Mahu hati senang dan tak bimbang! Fikiran mahu tenang! Mahu mahu! *winkwink*
Karya lewat malam 1
Thursday, July 9, 2009
Ya, aku terganggu!
Aku tahu aku hanyalah setitik noktah dalam ribuan perkataan novel Ahadiat Akashah. Ok itu hanya metafora. Hakikatnya, aku tahu aku siapa. Hanyalah seorang graduan universiti tempatan yang selama 8 tahun belajar ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan kemudian apabila diubah kepada PPSMI, aku gusar, risau dan resah. Takut-takut tak terbawa nanti. Bukan mahu bongkak, tapi Bahasa Inggerisku dari dulu tidak pernah tergolong dalam gred biasa, pasti lebih. Dan ia sedikitpun tidak menjamin kecemerlangan aku dalam subjek Sains dan Matematik. Malah aku rasa begitu asing dengan perkataan beaker, volumetric flask, funnel, fume chamber dan banyak lagi lah! Sedangkan semasa di sekolah itulah permainanku di dalam makmal.
Tapi melihat dari sudut yang lain, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya biarlah aku terkial-kial ketika peralihan BM ke BI itu semasa di matrikulasi, jadi di universiti aku sudah boleh terbang tinggi. Ok, tidak lah tinggi mana, sekurang-kurangnya terbang, bukan?
Satu perkara yang masih bermain di benak fikiranku tentang kajian PPSMI ini. Adakah ia melibatkan cendekiawan universiti tempatan yang mengajar subjek Sains dan Matematik?Jika ya, maka aku akur dan sedikit puas dalam hati kerana mungkin ya tidak ada bezanya antara mereka yang sudah ada asas Sains dan Matematik dalam BI sebelum masuk ke universiti, dan yang belum. Tapi benarkah? Kerana aku pernah terbaca status Facebook seorang Profesor di fakulti aku bahawa pelajar yang sudah ada asas Sains dan Matematik dalam BI mampu berkomunikasi dalam BI dengan lebih baik. Itu bagaimana?
Tak mengapalah. Aku akan cuba percaya pemansuhan PPSMI ini akan mendatangkan lebih banyak keuntungan kepada negara. Dan aku, akan teruskan hidup bergelumang dengan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, tanpa melupakan bahasa kebanggaanku ini. Bukti? Blog ini sudah cukup.
Maaflah entri ini adalah luahan rasa hati yang tak puas dengan perkara di luar kawalan kita. Aku hanyalah suara minor. Dan kerana hal-hal seperti ini yang membakar semangatku untuk jadi suara major satu hari nanti. Tapi tak perlulah mungkin. Aku mahukan kehidupan yang privasi. Dan biarkan aku terus berkarya dalam ruanganku sendiri.
Dan aku harap, isu PPSMI ini tidak akan dibahaskan lagi, tidak akan ditukar lagi, cukup-cukup lah jadikan ia isu pol-itik. Janji? ~sepi~
Wednesday, July 8, 2009
Hari ini. Ya, Hari ini.
3 perkara tentang 8 Julai 2009.
1. Pengumuman keputusan kabinet tentang PPSMI. *berdebar-debar sungguh*
2. Kelas amali pertama semester ini sebagai demo. *Harap-harap tidak kena buli lagi macam semester lepas *
3. Hari Istimewa seseorang. Adik, Selamat Hari Ulangtahun ke-21 yah ", semoga segala-galanya akan jadi lebih baik, yang penting YAKIN dan PERCAYA *winkwink*
P/S: mahu menulis tentang isu yang lebih berat tapi kesuntukan masa. Maaf semua",
Sunday, July 5, 2009
Perihal Komuniti Atas Talian...
Yang bagus untuk saya ..
- medium untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan tak kira di mana jua mereka berada.
- tempat untuk mencari rakan lama yang terpisah, lagipun dunia ni tak besar mana, kan?
Yang jadi masalah bagi saya ..
- sering saja ada orang yang tak dikenali mahu jadi kawan. Mahu berkawan secara virtual? Saya tidak selesa.
- medium untuk orang lain ambil tahu hal kita. Kalau setakat ambil berat boleh lah diterima. Ini tidak, siap menilai. Dan yang paling tidak masuk akal, si girlfriend pun mahu jadi kawan kita, hanya kerana si boyfriend itu view page kita. Macam-macam!
- perlu kah diletakkan status di situ? Jika saya letak, masalah. Jika tak letak, juga masalah. Masalahnya, kenapa perlu jadi masalah? Niat saya berFriendster dan berFacebook jelas saya nyatakan. Jadi jika ada niat yang lain, MAAF SAYA TAK BERMINAT.
Nah. Entah kenapa saya jadi terganggu dengan komuniti atas talian ini. Mungkin ada sebab-sebab peribadi. Yang pasti, nasihat saya bagi yang boleh menerima:
TOLONGLAH. FRIENDSTER@FACEBOOK ITU BOLEH DIAKSES OLEH ORANG LAIN. TAK PERLULAH CERITAKAN HAL YANG TERLALU PERIBADI JIKA TAK SANGGUP NAK JAWAB PERSOALAN YANG BAKAL TIMBUL DAN TAK MAHU TANGGUNG RISIKO ATAS APA YANG DIPERKATAKAN. Marilah kita semua BERKAWAN dengan AMAN ya! ",
Atas sebab-sebab begini lah, saya bercadang untuk menutup akaun Friendster saya. Berbaloikah?
Friday, July 3, 2009
Masih Cinta ? Kotak?
Kenapa dengan lagu ini? Entah. Yang pasti, dah berminggu-minggu dan saya masih tak jemu ",
Suke suke ",
Ingat lagi kah?
Dan jika ditanya sekarang, rumus apa yang masih ada dalam ingatan, tidak ada. Kecuali yang ini.
W=Fs
F=ma
Kenapa ya?
Kerana bila ditukarganti,
W=mas
Nah, fahamkan kenapa saya masih ingat rumus itu.
Terima kasih kepada 'cikgu Fizik' yang kreatif. Kerana itu, saya bukakan hati saya untuk Fizik.
cuma saya tertanya-tanya, W=mas. W itu apa?
Workaholic? Patut lah! *winkwink*
Friday, June 26, 2009
Gedung ilmu Saya ",
Masih teringat lagi tarikh 3 Julai 2005. Mendaftar di Kolej Empat Belas, UPM. Nama gah, bilik kecik, Tandas buruk, haa apa lagi? Banyak negatif dari positif. Ya lah, manusia tidak lari dari membuat perbandingan. Dan perbandingan yang saya buat ketika itu adalah dengan Kolej Matrikulasi Johor. Pasti kalah teruk, bukan? (bagi sesiapa yang tahu ",)
Friday, June 19, 2009
Siapa kata Master senang?
Ya benar. Ada manusia yang berpendapat sebegitu. Tapi benarkah? Saya bangkang 101%. Lebih 1% kerana saya percaya mana-mana Dr. PhD tidak akan berkata sebegitu. Kerana anda yang berkata sebegitu tidak merasai kesusahan yang tak dapat diterjemahkan oleh sesiapa pun. Ya benar ada saja yang personalitinya bosan, pakaiannya selekeh, rambut tidak terurus dan BAHASA INGGERISnya tidak fasih mampu juga mendapat PhD, tapi dapatkah anda menafsir kebijaksanaannya dan usahanya dan keazamannya untuk mendapatkan segulung ijazah PhD itu?
Kenapa kau tak kerja dulu? Nanti baru sambung.
Untuk apa saya kerja kalau niat nak sambung Master. Bukankah saya ini orangnya tidak suka melakukan perkara dengan tidak sepenuh hati? Lagi pula, momentum bekerja dan belajar ini tidak sama. Dan sukacita diingatkan di sini, Master Sains (Dengan Tesis) langsung tidak sama rasanya seperti belajar Bacelor Sains. Bukan saja rasa yang lain, malah komitmen juga bertambah kerana semuanya dilakukan sendiri. Usaha berminggu-minggu hanya untuk menjalankan satu eksperimen kecil. Nah ini gambarnya.
Persiapan secara total 2 minggu. +10 hari untuk pemerhatian. PENAT!
Maka, dapat saya simpulkan di sini, belajar tidak pernah senang. Kerana itulah orang berilmu diangkat martabatnya oleh Allah s.w.t.. Jadi kawan-kawan, sama-samalah kita menuntut ilmu yang pelbagai, janji yang diREDHAI-NYA. ok?
Tafsir pakai otak bukan pakai mulut.
Mahu pakai hati boleh kalau hati tak busuk",
Thursday, June 18, 2009
Music and musician. Should I?
I guess I should learn to play one. But when? *sigh*
Sunday, June 14, 2009
Can I be 17 again?
And another thing, it was on this 17th year of my life that I finally found the true meaning of love and friendship. Thank you all for being there ",
Hari Ayah ",
Tuesday, June 9, 2009
Syurga Cinta itu apa?
Sejujurnya saya tidak berminat untuk menonton filem ini kerana melihat daripada trailer cerita ini, kisahnya kelihatan tipikal dan kesudahan yang boleh dijangkakan (walaupun watak utama dimainkan oleh Encik Awal *winkwink*)
Tapi, seorang rakan telah menimbulkan keinginan saya untuk menonton apabila dia menyatakan "Jodoh itu ada 3 jenis" dan dia tidak mahu menghuraikan apakah ia.
Dan apabila selesai menonton, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah trailer itu tidak menggambarkan keseluruhan filem ini. Filem ini sarat dengan mesej, tapi tidak berat. Dalam ertikata lain mesejnya adalah direct jadi tak perlu susah-susah perah otak mcm nak jawab soalan Add Math. HEHE.
Walaupun saya agak obses dengan Awal, tapi saya berpendapat lakonan Shaheizy Sam adalah lebih baik. Dan yang terbaik adalah watak adik Hadziq (walaupun pelatnya sangat ketara).
Lakonan Heliza? Secara peribadi, saya rasa watak itu lebih sesuai dilakonkan oleh Ayu Raudhah (seperti mana dia membawa watak gadis bertudung yang sopan tapi tegas dalam siri Manjalara).
Apepun, saya sokong filem ini kerana ia menaikkan martabat gadis bertudung. Maksud saya yang IKHLAS bertudung. Terima kasih ",
p/s: saya paling suka ekspresi wajah Awal ketika babak "perfect, cantik, kuat agamaa.. lemah lembut" HEHE
Bukan kucing. Tapi TUAN kucing.
Kalau nak diikutkan ini bukan kali pertama kucing merosakkan perhubungan baik antara kami, kali pertama dulu stokin saya basah apabila saya memakai sandal yang dipenuhi dengan air kencingnya yang harum mewangi itu.
Tapi tadi apabila saya pulang ke bilik, deria bau saya yang agak sensitif ini mengesan bau hancing hasil dari buangan pagi tadi, maka terus saya rasa nak campak semua kucing-kucing kat aras ni dalam kolam kat depan tu. Kencing sane puas-puas sampai bile-bile!
Tapi saya tau bukan salah kucing tu. Maka dengan ini saya ingin menyalahkan manusia-manusia yang rasa dia dapat pahala bagi kucing makan kat blok ni. Saya tahu niat saudari murni lagi suci untuk mengasihani makhluk Tuhan yang kecil dan comel itu, saya juga sukekan kucing, tapi kenapa saya tidak membelanya di sini? Kerana jika saya nak membela kucing, saya akan menjaganya macam jaga bayi. Makan minum kencing berak semua atas tanggungjawab saya. Bukannya bagi makan pastu rasa macam baik gila sebab mengasihani kucing lepas tu tutup pintu syok sendiri dalam bilik tengok tv dan kucing tu pun pegi berak kencing depan bilik orang lain, dekat kasut orang lain KAU TAK AMIK PEDULI PON! Malah kau siap buat notis lagi kalau kucing kau tak balik bilik, (have u seen my cat? Cat missing. Tolonglah anaknya perlukan susu ibu bla bla bla..) haa. Cube la kau carik dekat dasar kolam depan blok ni kot-kot aku ade TERcampak die kat situ sebab die TERkencing depan pintu bilik aku, ok?
Jadi kalau kau nak hidup berjiran, kau fikirlah nak bela kucing ke hape. Baik kau bela ikan la sebab ikan pon makhluk Tuhan yang comel, tapi aku tahu kau malas nak basoh akuarium tu sebab kau memang fikir senang hati kau je!
Kalau kau da gian gile nak bela kucing pun, bela dalam bilik kau. Entah boleh ke tak kau hidup dengan kucing yang konon kau sayang tu. Takpon kalau kau nak bagi makan, pegi turun bawah bagi die makan. Sebab die takkan naik atas ni kalau die tau tadek makanan kat sini.
HAA. Ni series aku da bengang sebab aku guna kata ganti diri aku kau. Sekian.
p/s: aku tau kalau aku bising kat sini pon bukan dapat ape, anggap jela aku bermonolog yeh.
um.wanginye!
Sunday, June 7, 2009
Lagenda Budak Setan?
Apa yang menarik hati saya adalah Lisa sekarang sedang menjalani penggambaran filem yang masih belum ada tajuknya, tapi diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan. Jadi apa masalahnya?
Tidak ada apa-apa masalah “, malah saya seakan tidak sabar untuk menonton filem itu nanti. Kenape ye? Kerana filem ini adalah filem adaptasi pertama yang ceritanya saya sudah khatam entah berapa kali. Berbeza dengan filem-filem adaptasi lain (Harry Potter, Ayat-ayat Cinta, Twilight dll.) yang bukunya tak pernah saya baca. Dan kebanyakan orang mengulas bahawa cerita dalam novel lebih menarik dan ‘hidup’ berbanding dengan penceritaan dalam filem. Entahlah. Kerana tak pernah lagi mengalami, tapi bakal merasa sendiri tidak lama lagi. Harap-harap filem ini bukanlah filem melayu yang tipikal kerana bagi saya kisah Lagenda Budak Setan bukan cerita biasa-biasa”,
Tambah Lisa lagi, pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah Farid Kamil, Que Haidhar, Fazura dan Shiqin Kamal. Pastinya Lisa membawa watak Ayu, dan syukurlah kerana Lisa memang sesuai benar dengan karakter Ayu (bagi saya”,). Dan watak-watak lain tak dinyatakan, tapi ramalan saya pastinya Farid Kamil yang akan memegang watak Kasyah, budak setan yang akhirnya menjadi pencinta agung. Boleh jadi Que Haidhar pegang watak abang kepada Kasyah, ataupun Azmi.Entah, ramalan yang sukar. Dan antara Fazura dan Shiqin Kamal, siapa yang akan jadi Katerina? Saya sendiri pun tak pasti.
Yang saya tahu, saya mahu jadi penonton hari pertama tayangannya. Dan tak mustahil saya akan masuk panggung lebih dari sekali untuk cerita yang sama sekiranya filem itu berjaya keluar dari kelompok filem Melayu yang tipikal. Majulah filem Melayu untuk Negara “,
Tuesday, June 2, 2009
Persoalannya adalah ...
1. Selamat ke org perempuan bwk beg tangan? Kan ade peragut.
2. Selamat ke gadis-gadis berjalan seorang? Kan ade perogol.
3. Selamat ke lelaki jalan di lorong sunyi? Kan ade penyamun.
4. Selamat ke naik pengangkutan awam? Kan ade penyeluk saku.
5. Selamat ke nak berurusan dekat bank? Kan ade perompak.
6. Selamat ke nak parking kereta tepi jalan? Kan ade pencuri.
Sedangkan rumah pun kene pecah masuk, selamat ke kite nak berlindung di dalamnye?
Monday, June 1, 2009
Kereta dan Ego
Kereta kecil, ego kecil kah?
Pemanduan sebentar tadi agak terganggu dek perasaan tidak puas hati dengan segelintir pemandu kereta-kereta besar itu. Hanya kerana saiz kereta, atau mungkin jenis kereta, mereka membezakan yang mana patut dihormati, atau sekurang-kurangnya dikasihani. Ya, kereta saya bukan lah Toyota, Honda, Mercedes mahupun BMW. Hanya lah kereta buatan Malaysia yang sudah tua, mungkin sebaya dengan anak-anak pemandu kereta besar itu. Tapi saya tidak ambil kisah. Yang saya kisahkan adalah sikap mereka. Mungkin mereka rasa mereka CEO atau paling cincai pun manager di syarikat besar, maka mereka lebih berhak berada di atas jalan raya dan paling layak untuk berbuat apa sahaja sesuka hati asalkan mereka sampai ke destinasi (konon-konon every second means bussiness laa).
But I don't give a damn. When you are on the road, do care for each other. Even the motorcyclists deserve to be on the road. So please, at least show some respect. And to men drivers, not all lady drivers drive like a 'lady'. Show some respect, because your mom and your sisters, your girlfriends even your wives are ladies too ",
(when I got pissed off I usually say it in English. HAHA. didn't mean to spoil the post. but it's all about expressing it the right way *winkwink*)
Sunday, May 31, 2009
m.i.m.p.i.
+All I have to do is dream (Everly Brothers)+
"Mimpi. adalah kunci. untuk kita menaklukkan dunia"
+Laskar Pelangi (Nidji)+
Orang kata mimpi itu boleh jadi sesuatu yang kita inginkan, yang kita sering fikirkan. Ada betulnya. Kerana seringkali aku bermimpi yang indah. Mengapa ia indah? kerana ia menepati kehendak dan keinginanku.
Tapi aku suka. Aku suka kerana selalu juga aku mimpikan impianku. dan bila aku bangun dari tidur, aku pasti tersenyum. Itulah inspirasiku. Yang buatkan aku mahu terus melangkah, walau di hadapan itu aku tak tahu .
Dan yang paling aku suka, bila aku rindu. Mungkin tak perlu bersua muka, cukuplah dalam mimpi yang diizinkanNya. Maka bila pagi menjelang, pasti senyuman terukir di bibir. Biarpun dalam mimpi, aku tetap puas hati ",
+dan aku tahu, mimpi itu yang aku mahu. andai kau tahu apa ku mahu, akankah kau berlalu? atau kau beri apa ku perlu?+ ~marsmaseira~
Friday, May 29, 2009
Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang.
Jadi kalau dulu saya bangun lambat, sekarang sudah awal. (awal ?? *winkwink*)
Sebenar-benarnya, bila diingatkan kembali, selama hidup 23 tahun ni, saya ni morning person (jika dikira purata, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum ",). tadika bangun jam 7. sekolah rendah pun sama. sekolah menengah? masa Form 1 boleh la kata bangun jam 5 pagi, dan semakin meningkat usia semakin perlukan rehat yang lebih (sile buat-buat faham ok). tapi paling lewat pun bangun jam 6.40 pagi sebab gate tutup jam 7 (malas nak berdepan dengan manusia yang tak percaya kalau saya kata saya terlewat bangun, sedangkan kata saya demam pun masih kata saya mengada-ngada. double standard ceh! U know who.) masok matrik kelas jam 8 setiap hari. dan masok universiti, walaupun kadang-kadang memang bangun lewat tapi masih dalam kategori PAGI ok. HEHE
Dan sebenarnya, saya suka suasana pagi. Dan pagi tadi disebabkan saya bangun awal untuk mandi (takut takde air nanti), saya rasa macam dejavu. Perasaan yang dah lame tak dirasa. Dan mengingatkan saya pada:
1. Minggu Perkasa Putra. (minggu suaikenal UPM) sebab jadi orang yang agak penting jadi kene bangun awal pagi. dengan mata bengkak muka sembab itu, memegang kadbod K14, dan memegang haler.
2. Pagi di KMJ (Kolej Matrikulasi Johor). sebab pemandangan yang SANGAT indah. serta kabus di pagi yang sejuk~
3. Pagi di kampung. Kokokan ayam, siulan burung keriangan. Dan jenguk ke dapur, pak cik dan makcik sibuk berbual (sambil menyuruh anak-anak mandi dahulu sebab orang tua mahu borak-borak-borak)
4. Ayah. Dari kecik lagi, ayah slalu ingatkan pagi-pagi pintu rezeki terbuka (tapi ayah bagitahu dalam pepatah Inggeris dan saya tak ingat sebab banyak sangat). dan saya ingat dulu saya ibarat bodyguard ayah sebab pantang tengok ayah bukak pintu rumah mesti melompat nak ikut (oh so cute immature child I was HAHAHA)
OK. itulah sedikit yang terlintas dan terluah. Yang tidak terluah, mungkin lebih manis disimpan dalam hati ",
Adakah saya degil?
dari petang tekanan air dah perlahan. tapi tak mahu tadah air buat bekalan.
penat. tapi tak mahu rehat.
pening. tapi tak mahu makan ubat.
kene gigit nyamuk. tapi tak mahu pasang ubat nyamuk.
tahu tapi tak mahu, kan? HAHA
OK My First Post
1. So many things in mind that can be written (CAN BE, ok.)
2. There are times I'd be crazy with this blog thingy and then I juz hibernate for some reasons. (So dun ask if my blog have not been updated for 3 months.HAHA)
3. I express best in words (think so.*winkwink*)
4. My best buddy suggested to me (which I gave it a very loooooooooooooooooong thought. finally!)
5. I know YOU wud read it! *winkwink*
XOXO,
MarsMaseira