Perkahwinan. Ya. Saya sedang memperkatakan tentang perkahwinan.
Perkataan pertama yang saya samaertikan dengan perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB.
Dan bila menyebut tentang tanggungjawab, bermacam-macam lagi yang timbul. Komitmen, amanah, toleransi, persefahaman, bla bla bla ….
Saya tidak sekali-kali pernah melarang atau menyalahkan mereka yang kahwin di usia muda. Tak pernah! Yang saya salahkan adalah kesediaan untuk berumah tangga batu atau papan, atau sekadar pondok tiada dinding, atau mahu sekadar beratapkan langit?
Saya tahu, sememangnya tuntutan agama kita sendiri untuk berkahwin jika sudah mampu. Tapi mampu bagaimana? Mampu menyara keluarga dengan duit biasiswa? Mampu berkahwin dengan duit pinjam? Mampu membuat majlis dengan duit ibu ayah? Mampu bagaimana itu? (Maaf bagi yang terasa",)
Telah lama saya letakkan syarat MAMPU ini dalam standard saya sendiri. Dan kerana itulah, pada umur 23 ini saya tidak fikir lagi soal itu. Perancangan tetap ada, tapi bila dan siapa itu biarlah saya simpan sendiri. Sampai masa nanti, pasti akan saya beritahu pada dunia”,
Mampu bagi saya? Mungkin agak tinggi permintaan saya. Tapi tidak lah keterlaluan. Mampu menjaga dan memenuhi keperluan saya sebagaimana mak dan ayah saya berikan. Cukuplah dengan ruang tinggal yang selesa, tak kisahlah janji boleh bernafas. Kenderaan? Janji selamat dan sampai ke destinasi. Yang lain-lain biar saya fikirkan sendiri. Tapi bukankah lebih manis kalau dihadiahkan? HEHE
Kalau saya mahu berumah tangga, saya mahu rumah batu. Kerana ia lebih kukuh dan selamat, sekurang-kurangnya tak melayang di pukul angin. Atap tak terbang, mungkin bocor sedikit tak mengapalah, boleh ditutup lubang itu bila hari dah cerah. Tertutup dengan dinding, tidak ada celah yang membenarkan untuk diintai, jadi rahsia tersimpan kemas. Tingkap? Oh, kalau kita terlupa untuk menutupnya. Salah kita juga, bukan salah tingkap. Tapi sekurang-kurangnya tingkap itu ditutupi langsir, jadi hanya yang benar-benar hebat dapat melihat isi dalamnya.
Rumah batu saya akan saya cat dengan cat Colourland, kerana ia buatan Malaysia”, Warna pilihan? Merah jambu warna kasih sayang, biru tanda kesetiaan, dan putih? Kerana ia bersih. Ibarat syurga.
Oh lupa. Rumah batu saya akan saya pagar dengan elok, pintu dan tingkap terpasang kunci yang kukuh, tak lupa juga gril di setiap ruang yang perlu. Bukan mahu jadi penjara, tapi tak mahu sesiapa pun tanpa rela mencapai yang bukan haknya, yang jadi milik saya dan seisi rumah batu itu “,
Jadi, saya tak kisah untuk tunggu sedikit lama. Memberi ruang untuk Jurutera rumah batu saya itu mengumpul batu-batu paling baik kualitinya serata dunia. Agar rumah batu saya takkan pernah retak walau seinci, dan tersergam indah tak kira dipukul badai dunia sekalipun. Paling penting, bila rumah batu saya siap kelak, menetap di dalamnya bahagia bagai dalam syurga”,
Dan seandainya saya tak sempat menduduki rumah batu impian saya itu, saya nantikan Jurutera rumah batu saya di alam lain. Mungkin di situ lebih sesuai kita binakan rumah batu kita itu “,
Tersenyum.
Peh banyak gila karya tengah malam kamu ya.
ReplyDeleteOk nanti bila sudah pasti bila majlis perkahwinannya jgn lupa jemput aku ya
dan bila sudah siap rumah batu oleh jurutera nya jgn lupa jemput lagi sekali kiranya kali ni aku boleh lah datang beraya.
dan sebab kamu rasa kamu tidak kisah menunggu lama maka perkahwinan kamu mungkin akan sedikit lambat,
maka hari aku datang beraya itu jangan lupa sediakan duit raya sedikit sebanyak kerana mungkin masa itu aku sudah ada anak lima.
hahaha
woww..~~
ReplyDeletecool karya dear ",
ayep: harap kamu tidak salah erti karya ini. segalanya adalah tersirat. dari rumah batu, tingkap dan gril, dan juga jurutera. makanya, tidak ada siapa pun boleh berkunjung ke 'rumah batu', sekadar dapat tahu kewujudannya sahaja ", HEHE
ReplyDeleteatie: thanx gurl ", appreciate it.
Ayep: Ko kena ada anak lima dulu? kalau macam tu bila lah masirah nak kahwin..HEHE
ReplyDeleteMasirah, betul kata-kata ko. Perkahwinan bukan perkara main-main, bukan benda sekejap. Kalau boleh, mahu terus hingga akhir hayat. Memang tak salah tunggu lama sedikit asalkan penantian itu berbaloi.
Tapi, jangan tunggu lama sangat ye.HEHE
HAHA. ayep ada anak lima? anak kembar mungkin. HEHE
ReplyDeletechapeqa, tak lah lame macam da layak di panggil nenek ke ape kan. jangan risau. bila sampai waktu, maka berlangsunglah ia ",