Nah. rasanya rata-rata orang pasti akan mengulas tentang isu PPSMI. Jadi aku malas untuk peduli. Masalahnya, kemalasan itu tak sehebat rasa hati yang tak puas, emosi yang agak membuak-buak untuk dilepaskan tapi tidak tahu ke mana. Jadi aku tidak kisah, mahu baca, silakan. Tidak mahu? Juga silakan.
Aku tahu aku hanyalah setitik noktah dalam ribuan perkataan novel Ahadiat Akashah. Ok itu hanya metafora. Hakikatnya, aku tahu aku siapa. Hanyalah seorang graduan universiti tempatan yang selama 8 tahun belajar ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan kemudian apabila diubah kepada PPSMI, aku gusar, risau dan resah. Takut-takut tak terbawa nanti. Bukan mahu bongkak, tapi Bahasa Inggerisku dari dulu tidak pernah tergolong dalam gred biasa, pasti lebih. Dan ia sedikitpun tidak menjamin kecemerlangan aku dalam subjek Sains dan Matematik. Malah aku rasa begitu asing dengan perkataan beaker, volumetric flask, funnel, fume chamber dan banyak lagi lah! Sedangkan semasa di sekolah itulah permainanku di dalam makmal.
Tapi melihat dari sudut yang lain, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya biarlah aku terkial-kial ketika peralihan BM ke BI itu semasa di matrikulasi, jadi di universiti aku sudah boleh terbang tinggi. Ok, tidak lah tinggi mana, sekurang-kurangnya terbang, bukan?
Satu perkara yang masih bermain di benak fikiranku tentang kajian PPSMI ini. Adakah ia melibatkan cendekiawan universiti tempatan yang mengajar subjek Sains dan Matematik?Jika ya, maka aku akur dan sedikit puas dalam hati kerana mungkin ya tidak ada bezanya antara mereka yang sudah ada asas Sains dan Matematik dalam BI sebelum masuk ke universiti, dan yang belum. Tapi benarkah? Kerana aku pernah terbaca status Facebook seorang Profesor di fakulti aku bahawa pelajar yang sudah ada asas Sains dan Matematik dalam BI mampu berkomunikasi dalam BI dengan lebih baik. Itu bagaimana?
Tak mengapalah. Aku akan cuba percaya pemansuhan PPSMI ini akan mendatangkan lebih banyak keuntungan kepada negara. Dan aku, akan teruskan hidup bergelumang dengan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, tanpa melupakan bahasa kebanggaanku ini. Bukti? Blog ini sudah cukup.
Maaflah entri ini adalah luahan rasa hati yang tak puas dengan perkara di luar kawalan kita. Aku hanyalah suara minor. Dan kerana hal-hal seperti ini yang membakar semangatku untuk jadi suara major satu hari nanti. Tapi tak perlulah mungkin. Aku mahukan kehidupan yang privasi. Dan biarkan aku terus berkarya dalam ruanganku sendiri.
Dan aku harap, isu PPSMI ini tidak akan dibahaskan lagi, tidak akan ditukar lagi, cukup-cukup lah jadikan ia isu pol-itik. Janji? ~sepi~

No comments:
Post a Comment