Semalam saya berjumpa Doktor. Bertanyakan perihal sakit kepala yang jarang-jarang datang menyapa, tapi sekali kena tak keruan dibuatnya. Ya lah, kalau pening-pening tu biasalah. Terkena hujan, tak cukup tidur dan sebagainya. Tapi ini sakit menggigit. Seolah ada yang mengunyah otak (metafora kah ini?) HAHA.
Doktor sarankan saya untuk melihat trend sakit kepala ini. Mungkin ada makanan yang tak boleh di makan. Dan bila doktor tanyakan tentang coklat, cepat-cepat saya menjawab, semalam tak ada makan pun doktor! Jangan lah ditarik balik nikmat coklat itu dari saya, TOLONG! Tak sanggup! Walaupun tidak makan coklat dengan kerap, tapi nikmat coklat itulah terapi di kala stress yang melampau. Hakikatnya, saya dan coklat teman rapat! “,

Doktor kata mungkin migrain. Terdiam. Mungkin terlalu banyak berfikir. Atau terlalu banyak perkara yang menggangu emosi? Entah. Selama belajar degree tunggang-terbalik-dunia pun tak pernah lagi kepala di gigit. Dan bila masa kisah cinta tak indah dan pecah-berderai juga belum pernah sakit begini. Mungkin ini tanda-tanda kedewasaan. Atau penuaan? Saya relakan yang pertama. HEHE
Apa-apapun, saya harap ia tidak datang lagi. Tak mahu! Mahu hidup riang-ria! Mahu hati senang dan tak bimbang! Fikiran mahu tenang! Mahu mahu! *winkwink*
No comments:
Post a Comment