Thursday, August 6, 2009

Yang Mana Satu?

1. Peperiksaan PTD 8 Ogos 2009.

Hampir terlupa saya pernah menjadikan PTD sebagai pilihan dalam borang SPA. Minggu lepas baru dapat surat untuk peperiksaan, yang entah berapa ribu manusia yang ambil. Tak mengapalah, mak kata sekadar pengalaman. Saya pun rasa begitu. Tapi, kalau mahu pergi, takkan tiada persiapan, bukan? Jadi terpaksalah menelaah buku SKP 2101 Kenegaraan Malaysia dalam baki sehari setengah ini. Tak kisahlah apapun hasilnya, janji saya dapat kepuasan kerana telah berusaha ",


2. Konvokesyen UPM ke-33. 8 & 9 Ogos 2009.

Rasanya inilah konvokesyen paling penting untuk saya hadiri selepas konvokesyen sendiri. Kenapa? Kerana rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mendaftar tahun 2005 akan bergraduat pula kali ini. Oh tak lupa juga adik-adik junior yang telah tamat ijazah 3 tahun. Kerana saya pernah melalui majlis konvokesyen sendiri, jadi saya begitu faham ertinya bagi seseorang itu. Selain kehadiran keluarga, pastinya rakan-rakan seperjuangan lah yang diharapkan untuk sama berkongsi kegembiraan. Rakan-rakan Bacelor Sains Pertanian dan junior Bacelor Sains (K) Mikrobiologi hari Sabtu petang (oh tak lupa juga coursemate yang extend 1 semester dulu). Lab mate Bacelor Sains Hortikultur hari Ahad pagi, dan junior Bacelor Sains Perniagaan Tani pada petang Ahad. Ok. Hari Sabtu kemungkinan besar memang wajib pergi lah, sejurus tamat peperiksaan PTD jam 4.30 pm. Hari Ahad itu yang jadi tanda tanya. Kenapa?


3. Reunion kecil-kecilan SK Taman Ehsan. 9 Ogos 2009.

OK. Setelah keluar beronggeng bersama rakan-rakan lama di Red Box The Curve minggu lepas, terciptalah idea untuk keluar berkelah pula di Hutan Lipur Kanching. Entah di mana, saya tak pernah sampai pun. Jadinya, bersungguh-sungguh mereka mahukan saya hadir. Hati dah berbelah bahagi. Konvo @ reunion? Haishh. Sampai sekarang pun masih pusing lagi.


Dan mungkin sepanjang waktu sebelum hari Ahad pasti berkira-kira lagi. Aishh. mana satu ni? Tolong!

2 comments:

  1. ko ayat r sem...sian lak ko x g tgk kwn konvo...

    ReplyDelete
  2. urm. urm. nak ayat sem pe? kalo ahad tu abes awal, n ako sempat sampai upm kol 5 ok kot. kot la~ masalahnye tahap kemalasan nak drive semakin menjadi-jadi. HAHA

    ReplyDelete