Friday, June 19, 2009

Siapa kata Master senang?


Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk menulis tentang ini.

Ya, bagi yang tidak tahu, saya adalah seorang pelajar Master yang kadangkala tertanya-tanya mengapa ramai yang bertanya "Kenapa kau sambung Master, kenapa tak kerja?"

OK. Kenapa kau sambung Master?

Sebab saya TAHU apa saya MAHU. Pernah dulu saya impikan menjadi Doktor, bukan sekadar mahu poket penuh setiap hari, tapi lebih dari itu. Kerana saya tahu, saya mahukan sesuatu yang lebih bermakna dari kertas-kertas bernombor yang manusia sanggup mati untuknya. Ya, saya mahukan kepuasan. Dan kepuasan itu hanya dapat direalisasikan apabila saya membantu orang lain mendapatkan sesuatu yang bakal merubah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Ya, memang saya gagal untuk menjadi doktor perubatan, tapi semangat saya sedikitpun tak pernah luntur, tak pernah goyah untuk mendapatkan Dr. PhD.

Sudahlah. Setakat Dr PhD tu senang-senang boleh dapat!

Ya benar. Ada manusia yang berpendapat sebegitu. Tapi benarkah? Saya bangkang 101%. Lebih 1% kerana saya percaya mana-mana Dr. PhD tidak akan berkata sebegitu. Kerana anda yang berkata sebegitu tidak merasai kesusahan yang tak dapat diterjemahkan oleh sesiapa pun. Ya benar ada saja yang personalitinya bosan, pakaiannya selekeh, rambut tidak terurus dan BAHASA INGGERISnya tidak fasih mampu juga mendapat PhD, tapi dapatkah anda menafsir kebijaksanaannya dan usahanya dan keazamannya untuk mendapatkan segulung ijazah PhD itu?

Kenapa kau tak kerja dulu? Nanti baru sambung.

Untuk apa saya kerja kalau niat nak sambung Master. Bukankah saya ini orangnya tidak suka melakukan perkara dengan tidak sepenuh hati? Lagi pula, momentum bekerja dan belajar ini tidak sama. Dan sukacita diingatkan di sini, Master Sains (Dengan Tesis) langsung tidak sama rasanya seperti belajar Bacelor Sains. Bukan saja rasa yang lain, malah komitmen juga bertambah kerana semuanya dilakukan sendiri. Usaha berminggu-minggu hanya untuk menjalankan satu eksperimen kecil. Nah ini gambarnya.

Persiapan secara total 2 minggu. +10 hari untuk pemerhatian. PENAT!

Maka, dapat saya simpulkan di sini, belajar tidak pernah senang. Kerana itulah orang berilmu diangkat martabatnya oleh Allah s.w.t.. Jadi kawan-kawan, sama-samalah kita menuntut ilmu yang pelbagai, janji yang diREDHAI-NYA. ok?

Tafsir pakai otak bukan pakai mulut.

Mahu pakai hati boleh kalau hati tak busuk",

16 comments:

  1. penjelasan ko sangat bernas untuk orang2 yg selame ni ingat master itu senang. W/pun aku masih degree sahaja, tapi aku ade kawan yg ambek master dan aku rase ape yg korang buat memang x senang langsung!!!

    p/s: orang memang xkan paham selagi die x rase bende tu sendiri...

    ReplyDelete
  2. TQ syafiqa kerana berada di pihak sy", harap2 mereka terima dan faham sedikit sebanyak ",

    ReplyDelete
  3. Mars... untuk pengetahuan lu.. gua pun bekas pelajar diploma kat Uitm dulu.. tapi bila selesai belajar, gua amik keputusan untuk berkerja dan akan belajar sambil kerja..

    Tapi mars.. bende tu tak berlaku pun sebab, apa yang dirancang tak semestinya menjadi. Gua masa lepas dip dulu, gua dapat offer bachlor tapi dengan keadaaan ekonomi keluarga yang kurang best termasuk ngan keadaan gua sekali yang kurang best tu, gua tolak.

    lalu gua ingat senang cari keje, rupa2nya susah giler.. keje kilang, kuli batak banyak la. yang setaraf dip gua tu yang susah nak cari, last gua dapat keje gomen je.. kerani cabuk jer..

    gua rasa best jugak a pada mulanya tapi, lama kelamaan gua rasa tak bet ngan keje ni sebab ini bukan impian gua sejak kecil. lagipun keje kerajaan ni sebenarnye hampeh sebab orang atasan banyak yang tak betul apatah lagi kene bos yang tidak berhati perut.

    Ini kan lagi nak sambung belajr time keje.. jangan harap..

    So gua rasa lu dah ambil langkah yang betul.. belajarla puas2 key... insyaallah kelak senang dimasa hadapan.. habis2 pun lu dapat offer jadi lucturer.. kalo master plak.. PHD nanti baru mungkin muka lu dapat kuar tv kot.

    ReplyDelete
  4. jejaka melayu typicalJune 21, 2009 at 7:53 AM

    aku bangga ngan mars

    ReplyDelete
  5. encik xpuas ati: wah. begitu kisah encik. tak ape lah. saya ucapkan tahniah kerana sekurang-kurangnya anda memikirkan byk aspek sebelum sambung belajar dan yg penting ingin sy katakan di sini, andai satu hari nanti peluang itu datang, harap anda x lepaskan. usia tak penting jika kita mahukan kepuasan diri ", selamat berjuang! ",

    jejaka melayu: terima kasih ", sy juga bangga dgn anda.

    ReplyDelete
  6. aku teringat di saat kamu bergaduh dengan kakakku di forum.
    ini nama dia perbezaan ideologi.
    mana-mana pon ada pro n cons. yg penting kamu tahu apa kamu mahu dan semoga parents kamu bangga dengan kamu suatu hari nanti.
    aku tidak masuk campur dalam urusan perbezaan ideologi ini kerana aku bukan ahlinya. hahahaha

    ReplyDelete
  7. basuh baju: sy amek master sains ", toksikologi racun perosak ",

    encik polar bear: oh hampir2 tlupa sy ttg itu. eh itu bukan bergaduh la, cume perbezaan pendapat. HEHE. lagi pula, saya cuma ingin memperjelaskan lagi yang tidak jelas kepada mereka yang tidak berapa tahu. yalah, semoga orang lain tidak salah faham dan menjaga sensitiviti masing2 supaya HIDUP KITA LEBIH HARMONI ", yg penting kita tahu apa yang kita mahu ",

    ReplyDelete
  8. mas!
    i put u in my blogger mates list =)

    ReplyDelete
  9. welkam dear! btw, luv ya writing =)

    ReplyDelete
  10. Askum

    Teruskan belajar ya maseira. Waktu tengah free ni, dan belum ada apa-apa komitmen baca:kahwin lagilah sesuai.

    Cuma nak tanya, coz masiera kena ambil matrik tak. Berapa tahun ye?

    Buat yang terbaik ya.

    ReplyDelete
  11. er. tak faham. baca:kahwin lagi sesuai??

    oh ye. lepas spm, matrik setahun, masok U, degree 3 tahun. dan sekarang, sudah 1 tahun master",

    thanx yah doakan sy! sy doakan anda juga berjaya ",

    ReplyDelete
  12. Askum Maseira. Tak maksud akak, belajarlah dalam sebaik-baiknya maknanya dalam ruang masa sehabis baik. Tambahan lagi bila tiada komitmen yang membataskan. Sehabis baik. Terbaik. Kerana Ulama' salaf tidak pernah berhenti belajar. Akak juga ambil master di IIUM empat tahun lepas. Ya, siapa kata master senang kan. Ia perlu analisi dan budaya fikir kritikal dan indepandant studi.

    ReplyDelete
  13. silap titik tu:

    tiada komitmen = kahwin.

    Lagilah sesuai dan sepatutnya diransang keinginan dan cita-cita meneruskan belajar. Silap titik tu.:_

    ReplyDelete
  14. oh ok. terima kasih banyak-banyak ya atas nasihat itu ", memang mahu belajar dulu, bila ada komitmen takut tak tertanggung nanti sendiri yang seksa",

    ReplyDelete