Ok. Tiba-tiba teringat tentang sesuatu.
Reverse psychology? Anda pasti tahu apa itu kan. Jadi tak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar kerana saya bukan dalam mood untuk menghuraikan fakta.
Sedar atau tidak, reverse psychology(RP) ni digunakan secara meluas, dalam apa jua taktik untuk mendapatkan sesuatu, dalam kehidupan seharian kita.
Cuma yang ingin saya ketengahkan di sini adalah taktik RP ini sering juga digunakan oleh lelaki untuk menarik perhatian si gadis. Betulkah? Ala. Korang takkan nak ngaku kot.*winkwink*
OK lah, kalau bukan korang (yang baca blog ni), ade la segelintir yang pernah saya jumpa sepanjang perjalanan hidup ni.
Situasi dia macam ni la. Modus operandi yang stereotaip.
“Eleh, ko ingat ko baik sangat ke? Depan orang jual mahal, tapi layan ramai je kan?”
“Ko ni bukan baik sangat pon. Aku tau sangat perempuan mcm ko ni. Harap muke je.”
“Eleh. Ingat aku nak kenal sangat ke dengan ko? Takyah perasan la weh”
*bukan ayat sebijik-sebijik. Takkan nak hafal kot ayat yang remeh-temeh ni.
Kenapa saya kata ini contoh RP?
Sebab bile dah mula ayat-ayat nak cari gaduh dan cari pasal tu, saya secara otomatik akan menekan butang IGNORE seterusnya mematikan kewujudan mereka dalam hidup saya. Noktah.
Sejam. Dua jam. Dua belas jam. Satu hari. Dan kemudian ada pula mesej-mesej seperti:
“Sori lah kalau awak terasa. Saya mintak maaf. Tak bermaksud pun nak cakap awak macam tu”
“Sebenarnya saya ikhlas nak kawan dengan awak. Maafkan saya ye.”
Dan ketika itulah OMG akan bertukar menjadi WTHello (inspired from Ayep's blog: WTFun which its origin is unknown *winkwink*)
Nah. Bukan saya yang buat assumption. Tapi pengakuan dari tuan punya ayat. Mahu fikir apa lagi?
Jadi, dalam hal ni saya anggap penggunaan RP seperti di atas sangat tidak sesuai. Ada saja taktik RP yang berjaya dalam isu menarik-tertarik-kau memang da bomb ni, tapi berhati-hatilah apabila menggunakannya. Kerana ia boleh jadi ibarat menjilat ludah sendiri.
Kepada lelaki yang segelintir yang menggunakan taktik seperti di atas, silalah fikirkan modus operandi yang lebih extravaganza. Sebab takut-takut nanti sendiri yang hati sakit. (Balasan sebab menyakitkan hati orang lain pada awalnya)
Kepada si gadis, jangan lah terlalu ambil pusing jika ada kata nista yang dilemparkan. Andai kita benar, tak perlulah hiraukan ayat-ayat RP ni.
P/s: Teringat dialog dalam satu kisah cerekarama bertajuk Cinta Dalam Hati lakonan Zafrul & Elly Mazlein. Lebih kurang begini maksudnya “Tanggungjawab seorang lelaki untuk meletakkan martabat wanita di tempat paling tinggi” ~iya kah?
perghh. ni entri bercakap dari pengalaman kah ni? ramai sangat orang mengorat? woho
ReplyDeleteaku rasa bodoh gila kot nak mengorat tapi buat pompuan tu rasa marah. patutnya tunjuk la yang dia appreciate si pompuan tu walaupun macam mana kena hina. soal sendiri jadi tawar hati suatu hari nanti tu belakang kira la. bila macam tu pompuan tu punya loss ah, tak boleh cakap apa, plus takkan pompuan tu tak bleh pk nak carik mana lelaki yang saja2 nak rendahkan ego?
ok2 ini hanyalah view picisan dari org yg tidak ada pengalaman
HAHA. pengalaman? mungkin lah. kalau kamu faham corak penulisan aku, hampir kesemua yang aku ungkapkan dan pertahankan adalah kerana aku merasainya. HEE. merujuk kepada frasa ramai sangat mengorat tu kurang tepat kot. aku bukanlah artis (mahupun macam artis) yang kebanyakan orang mahu dampingi *winkwink*
ReplyDeletesebenarnya ade je orang sebegitu. cuma bagi aku, itu cara pra-matang kot. jika betul-betul gentleman, pasti mereka tahu caranya. perempuan ini Tuhan jadikan lemah, jadi tak perlulah menidakkan kelebihannya, kerana tak mungkin dia mahu bergantung harap pada orang yang membuat dia fikir yang dia betul-betul lemah. kerana Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi, jadi terimalah kelebihannya untuk kekurangan kita, dan kelebihan kita untuk kekurangannya ", kan mampu mencapai equilibrium tu ",
Susah gua nak komen hal macam ni sebab sebagai dari pihak lelaki gua pun ada kes macam ni pada orang pompuan jugak contohnye 'Ko pakai la baju balik ingat badan ko tu sasa sangat!' padahal dalam hati pompuan tu tengah membara tgk badan lelaki sasa.
ReplyDeleteSo pada gua.. better pompuan tu mendiamkan diri dan belah dari situ, perbuatan yang begitu tulus bila lu belah je dari lelaki yang suka menunjuk2 supaya lelaki sasa tu tak perasan...
Kalo pompuan tu nak tunjukan diri lu orang lebih tulus menyampah ngan perangai lelaki, its more better lu terajang terus lelaki tu. Amacam berani? gua rasa wanita zaman sekarang semuanye serba serbi boleh termasuk belasah orang.
wuh..masirah nih dr skolah rendah lagik byk peminat..jus b u..
ReplyDeletex puas ati: bukan tak berani bro. tapi kite kene lah guna cara yang lebih berdiplomatik kot. HUHU.
ReplyDeletetak sesuai rasanya gunakan keganasan dalam konteks ni. HUHU
alan: mane de banyak, stakat 2,3 aje kot. HEHE
kadang2..lelaki nih tamak n nk cpat..diorg xpduli ape yg diorg nk bwat..tp da wat..br pkir..ader yg jnis ati lembut..ader yg keras n terburu2...rs nih jus sesuai ble kne dgn caranyer..aku xkn pkai tektik tuh kalo aku..tp aku akn pkai tuk dpt maklumat tp dgn cara yg berhemah tanpa wat org saket ati..huhu..
ReplyDelete