Pemanduan pagi ini ke fakulti tidak menarik seperti biasa. Mungkin kerana tidak ada pak guard yang menunjukkan isyarat PEACE kepada saya ", HEHE. Dan mungkin juga kerana pak guard di pintu utama memberi isyarat supaya saya memakai tali pinggang keledar. Saya balas dengan senyuman. Yah, betul tu. Asalkan memandu keluar universiti pasti saya pakai keledar, tapi bila sekadar mahu ke fakulti, liat sungguh mahu menarik tali keledar itu. Pernah juga saya tertanya, kenapa penunggang motosikal kalau tak pakai topi keledar pasti pak guard tahan, tapi kalau pemandu kereta tak pakai tali pinggang keledar, mereka tutup mata saja. Nah, sudah kena hari ini. Jadi selepas ini mesti pakai ya! Tak mahu jadi iklan sos cili ",
Di sepanjang jalan utama, sudah tergantung kemas banting-banting SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU. MINGGU PERKASA PUTRA 2009/2010. Dan hati pun terusik. Sedikit.
Masih teringat lagi tarikh 3 Julai 2005. Mendaftar di Kolej Empat Belas, UPM. Nama gah, bilik kecik, Tandas buruk, haa apa lagi? Banyak negatif dari positif. Ya lah, manusia tidak lari dari membuat perbandingan. Dan perbandingan yang saya buat ketika itu adalah dengan Kolej Matrikulasi Johor. Pasti kalah teruk, bukan? (bagi sesiapa yang tahu ",)
Masih teringat lagi tarikh 3 Julai 2005. Mendaftar di Kolej Empat Belas, UPM. Nama gah, bilik kecik, Tandas buruk, haa apa lagi? Banyak negatif dari positif. Ya lah, manusia tidak lari dari membuat perbandingan. Dan perbandingan yang saya buat ketika itu adalah dengan Kolej Matrikulasi Johor. Pasti kalah teruk, bukan? (bagi sesiapa yang tahu ",)
Tapi saya seronok. Seronok sangat. Berada di tempat baru. Orang-orang baru. Kawan-kawan baru. Serius saya katakan, terasa bagai dilahirkan semula. Bebas dari bayangan lalu ", Bagi yang telah mengenali saya sebelum tarikh itu, nah, inilah titik mulanya re-branding seorang saya ",
Berbekalkan kekuatan dan keazaman, berhati-hati saya agar tidak jatuh lagi. Ya, dan tidak pernah jatuh teruk. Jatuh sedikit itu biasalah, itukan HIDUP ", Dan sesuatu yang ingin saya kongsi bersama dunia, adalah Dewan Besar PKKSSAAS. Pertama kali melangkah masuk sebagai seorang yang tidak tahu apa, dan kali terakhir melangkah keluar dengan segulung ijazah ",
Dan di pentas itu juga beberapa kali saya berdiri, bukan mahu berbangga diri, tapi sekadar ingin berkongsi di sini. Dulu saya juga pernah duduk di atas kerusi di bawah itu, terlentok mengantuk tertidur. Adakala mencatat sesuatu yang diperkatakan oleh mereka di atas pentas itu. Dan satu perkara yang sering saya ucapkan dalam hati (kerana tak terluah di atas pentas itu) adalah:
Wahai adik-adikku, dulu saya juga seperti kamu. Duduk di bawah situ. Dan hari ini, saya mampu berdiri di sini. Kerana dulu, semasa di bawah itu, saya pernah berkata kepada diri, "Satu hari nanti aku akan berada di atas pentas itu dan orang lain yang akan mendengar ucapanku" DAN SAYA MEMPERCAYAINYA ",
Sesiapa pun boleh buat, asalkan KITA mahu, dan KITA PERCAYA KITA MAMPU ", Kalau orang lain BOLEH, kenapa tidak KITA?
Tidak kira betapa pahitnya kisah silam yang kita lalui, betapa bencinya orang kepada kita, betapa rendah martabat dan kemampuan kita di mata mereka, hanya SATU, hanya KITA YANG BOLEH MENGUBAHNYA. dan kemudian mereka takkan mampu berkata apa. Perubahan dalam diri saya mungkin terdorong oleh KEINGINAN UNTUK MENJADI LAIN DARI YANG LAIN, atau mungkin juga kerana DENDAM? Entahlah. Yang pasti ia membawa KEBAIKAN ",
Yang nyata, perkara lama itu saya biarkan saja berlalu. Di hati tak pedih lagi. Alhamdulillah",
P/S: Saya akan bercuti dari segala kekusutan bermula dari jam 5.00 PM hari ini sehingga 11.59 PM Selasa 30 Jun 2009. YES! That's the way I like it ahak ahak. HAHA (holiday mood",)
Hanye kita yang mampu ubah diri kita, bukan orang lain???
ReplyDeleteWAh, Cik Masirah, kamu dulu jawatan mesti tinggi ni di university..hehe. MPP ke?
oh, ade silap sket komen atas..
ReplyDeleteHanye kite Yang mampu ubah diri kita..bukan orang lain..Itu Benar!
(tande soal kat atas sebelah perkataan 'orang lain' tu x sepatutnye ade..hehe)
Beruntung betul lu dapat ambil segulung ijazah di atas pentas.. mesti bangga rasanya terhadap diri sendiri... untuk pengetahuan lu, gua dulu akibat ak cepat kerja, masa time graduate diploma dulu kebetulan clash dgn interview jawatan pen. pengawai, interested sangat sampai sanggup korbankan konvo gua tu.. last2 tak dapat pon jawatan tu.. betapa malang nye nasib gua..
ReplyDelete*last2 gua gua dapat segulung gua melalui salaman bersama postman sahaja, tidak seperti member2 gua yang disambut ole canselor atau naib canselor...
sya suka u...
ReplyDeletemaksud sya ...sya suka cara awak,,,,berprinsip...
gua ada baca post lama lu pasal tuan kucing tu.. gua memang sokong cara pemikiran lu tu.. untuk pengetahuan lu, gua elergy kucing yang sangat kronik.
ReplyDeletesorry la.. gua pakai bahasa pengganti diri gua lu beb. gua memang ingin jadi diri gua yang sebenar, gua tak suka hipokrit.
ReplyDeletecik syafiqa: terima kasih atas sokongan anda. HEHE. saya orang biasa-biasa saja dulu, tidak lah MPP, sesuatu yang lain tapi seumpama itu ",
ReplyDeletexpuasati: perkara yang lepas, dah tentu jadi peringatan untuk masa hadapan, jadi selepas ini andai ada peluang lagi, pasti anda tahu apa yang perlu anda lakukan. berkenaan kata ganti diri, tak ada masalah. saya masih faham ", HEE
jejaka melayu typical: terima kasih ",