Tuesday, January 25, 2011

Kerana Ku Ada Kamu :)

25 Januari 1999.
.
.
.
.
.
25 Januari 2011.

Maka genaplah hari ini, 12 tahun sejak hari pertama untuk lima tahun itu.

Lima tahun jatuh bangun bersama.
Lima tahun suka berselang duka.
Lima tahun penuh soalan.
Lima tahun beribu jawapan.

Indah kan perjalanan hidup kita. Bertemu dan berpisah, dan bertemu semula. Tak siapa sangka permulaan yang sempurna boleh jadi akhirnya tak diduga. Dan bila disangka haluan kita berbeza, Tuhan satukan perjalanan kita. Lalu kita bersua, berkongsi rasa, gembira, sedih, mengisi kekosongan jiwa, yang tak mungkin kita dapat rasa selama lima tahun itu.

Dan ada juga yang tak pernah terpisah pun sejak lima tahun itu. Berkongsi suka duka, mencipta memori bersama, selagi ada. Menikmati setiap saat yang ada tika bersama, merindui tika jauh tapi tak terpisah, kerana tempatnya di dalam hati selalu ada.

Lima tahun remaja. Ku lihat kamu, dan kamu lihat aku. Baik buruk kamu, baik buruk jugalah aku. Benci kamu pada aku, benci juga aku pada kamu. Suka aku pada kamu, suka juga kamu pada aku. Ah, itu cerita dulu.

Tolak lima tahun bersua wajah setiap hari, sudah 7 tahun kita tinggalkan daerah itu. Sudah 7 tahun kamu ke barat, dia ke timur, mereka ke selatan. 7 tahun membawa haluan kehidupan, aku bersyukur, masih lagi dapat melihat kamu. Sekali-sekala. Dan selalu juga (terima kasih Facebook ",).

Aku gembira, dan aku bangga. Kita semua akhirnya jadi ‘manusia’. Syukurku pada Tuhan, akhirnya kamu yang kecil comel waktu hari pertama lima tahun itu, kini sudah boleh senyum lebar. Kalau dulu kita sering mendongak ke langit melihat bintang, kini tidak lagi. Kerana kita sudah punya sayap untuk terbang, menikmati keindahan alam dari langit tinggi :D

Tahniah sahabat-sahabatku. Tahniah Uniteenzers. Atau dah tukar ke name? Not-so-Uniteenz? Ah tak kisah lah. Yang penting aku bangga dengan kita semua!

Happy 12th Anniversary Dear Uniteenzers!

Thank You for the WONDERFUL FRIENDSHIPS for these past 12 years :)

Saaaayang korang! *XOXO*

Keep your dreams alive buddies! Together, we can change the world to a better place :D Kerana ku ada kamu *winkwink*


P/S: Teringat waktu dapat tawaran dulu, SMAP LABU? Ape tu? :P

3 comments:

  1. thanx sbb
    TLNG INGTKN AKU
    yg bz dan adakalanya
    HANYUT ;p

    ReplyDelete
  2. ilham: time bile nye aku ingatkan ko :P nway, u r most welcome :)

    t: love u toooooo XOXO :)

    ReplyDelete