Tuesday, June 9, 2009

um.wanginye!

perfume. um wangi nye!
HEHE. saya masih ingat lagi sejak dari sekolah rendah saya sangat suka memakai wangi-wangian. Bedak lah, cologne lah, itulah inilah. Kerana keharuman itu seakan aromaterapi bagi saya dan membuatkan saya yakin",
Tapi semasa di sekolah menengah, entah apa masalahnya wangi-wangian itu tidak dibenarkan maka kami digelar budak busuk. malah semasa outing di seremban pernah juga saya terdengar orang berkata "busuknya" apabila berada berdekatan dengan sekumpulan kami. HAHA. well. mungkin benar dan mungkin tidak sebab saya tidak ambil peduli pun kerana orang itu kelihatan seperti mat rempit yang tak mandi dan hanya menyembur perfume murahan yang dibeli dekat hot market agaknya. (ok itu hanyalah spekulasi saya sebab saya nak sedapkan hati saya) HAHA
jadi untuk menjadi wangi ketika itu, hanya ada satu cara, menyapu bedak dekat tudung (sebab itu kami lebih gemar pakai tudung putih agaknya). dan begitulah kami sehingga tamat sekolah.
setelah itu saya kembali memakai wangi-wangian kerana itulah keinginan semulajadi saya. saya tidak berapa ingat tapi seingat saya, saya gemar memakai Impulse body spray. murah pun murah. bau pun sedap dan lekat.
dan semasa di universiti, saya gemar memakai perfume Body Shop kerana banyak pilihan bau buah yang manis (rasa mcm nak makan je baju HEHE). dan kemudian saya terjumpa produk Inspire, yang mengambil pati dari jenama-jenama terkenal, dan ketika itu saya mencuba produk Inspire - Beautiful. Perfume yang digunakan Ayu dalam Lagenda Budak Setan kononnya saya perasan jadi Ayu la kan HAHA. Kemudian saya mencuba yang lain pula, iaitu Inspire- Pleasure. Bau yang feminin menyebabkan saya rasa lebih WANITA. HAHA.
Kemudian saya jatuh cinta pula dengan Gucci-Rush 2, dan kakak saya menghadiahkan saya sekotak (sebab botolnya adalah kotak berwarna pink) sempena hari jadi saya. Gucci-Rush 2 adalah bau yang paling memikat hati saya, kerana dari pertama kali saya terhidu baunya, timbul satu perasaan yang ermm.. mcm mana nak ckap eh., mcm jatuh cinta la! tapi sayang, baunya tak kekal lama. mungkin bukan jodoh saya dgn Gucci-Rush 2. cinta tak semestinya bersatu (apekah?? HAHA)
Kemudian saya beralih kepada perfume Body Shop semula, dan hujung tahun lepas, saya beralih kepada Midnight Fantasy-Britney Spears. Baunya bau buah. maniiiiiisss!! Dan setiap kali saya memakainya di rumah, ayah akan berkata "mcm bau shisha". *speechless*
Dan sekarang perfume itu pun sudah habis. Disebabkan saya sedang mengumpul duit untuk beli perfume di Labuan nanti, maka untuk sementara ini saya mencuba One Drop Perfumes. Murah pun murah. siap dapat harga diskaun lagi (thank U Dyana ",) dan sekarang saya tertarik dengan bau Escape-Calvin Klein. Bau yang sangat feminin.
Jadi sekarang saya sedang keliru yang mana satu mahu saya beli nanti. Escape-CK kah? Atau Gucci-Envy Me? Atau Romance-Ralph Lauren? Takpun Love of Pink-Lacoste?
~haih. nak semua boleh tak? HEE

5 comments:

  1. pika pakai perfume britney tu. selalu nmpk semut hurung die...(manis sgt kot)

    ReplyDelete
  2. haha mas..aku pn ade perfume britney cm ko..
    n aku still pkai lg, wangi,kn????

    aku suggest ko beli sume je la. ko kn kaYe..huhu
    eh, dh tgok cite syurga cinta???

    ReplyDelete
  3. HAHA. bau die maniiiissss!! sedap nak makan. HAHAHA. da tgk da chap. nape nape?? (oh awal ashaari ku. HEHE)

    ReplyDelete
  4. saje tanye ko
    mesti ko dh tgok sbb ade abg awal ko..heee

    x tgok lagik, best x? recommended utk tengok x?

    ReplyDelete
  5. Ah, nampaknya komen aku tak lepas. Agaknya sebab aku lupa nak tulis, panjang syarahnya.

    ReplyDelete