Tuesday, June 9, 2009

Syurga Cinta itu apa?

OK lah memandangkan sahabat saya bertanyakan tentang filem ini, mari saya ceritakan sedikit pandangan.

Sejujurnya saya tidak berminat untuk menonton filem ini kerana melihat daripada trailer cerita ini, kisahnya kelihatan tipikal dan kesudahan yang boleh dijangkakan (walaupun watak utama dimainkan oleh Encik Awal *winkwink*)

Tapi, seorang rakan telah menimbulkan keinginan saya untuk menonton apabila dia menyatakan "Jodoh itu ada 3 jenis" dan dia tidak mahu menghuraikan apakah ia.

Dan apabila selesai menonton, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah trailer itu tidak menggambarkan keseluruhan filem ini. Filem ini sarat dengan mesej, tapi tidak berat. Dalam ertikata lain mesejnya adalah direct jadi tak perlu susah-susah perah otak mcm nak jawab soalan Add Math. HEHE.

Walaupun saya agak obses dengan Awal, tapi saya berpendapat lakonan Shaheizy Sam adalah lebih baik. Dan yang terbaik adalah watak adik Hadziq (walaupun pelatnya sangat ketara).

Lakonan Heliza? Secara peribadi, saya rasa watak itu lebih sesuai dilakonkan oleh Ayu Raudhah (seperti mana dia membawa watak gadis bertudung yang sopan tapi tegas dalam siri Manjalara).

Apepun, saya sokong filem ini kerana ia menaikkan martabat gadis bertudung. Maksud saya yang IKHLAS bertudung. Terima kasih ",

p/s: saya paling suka ekspresi wajah Awal ketika babak "perfect, cantik, kuat agamaa.. lemah lembut" HEHE

8 comments:

  1. hehe..rase nk pg tengok la
    w'pon membe2 di sini diorg x minat heliza
    tp aku suke adik hadziq tuh..
    nk kene pg gak ni!

    ReplyDelete
  2. hehe...dh tgk gak wlopon kurg lyn filem david huhu...tp mmg klakar giler heheheheh..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum gadis ayu.. disini gua nak invite cik adik manis untuk memberi pandangan post terbaru gua.(gua pun memang minat gila laksa johor)

    ReplyDelete
  4. ok sudah. laksa johor mmg masyuk!

    ReplyDelete
  5. Hmm jgnlah obses sgt dgn Awal.. aku pernah terbaca internet, dia bagi komen pasal filem ni..

    "Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka..."

    Masya Allah... dia x tau kenapa wanita perlu pakai tudung... tiada subjek Pendidikan Islam lgsg kah masa dia di sekolah dulu? Sbnrnya aku kesian dgn si Awal ni...

    ReplyDelete
  6. oh encik abg terrer: agak obses, bukan sgt obses. pandangan beliau tentang individu bertudung itu hak beliau. tp kan Tuhan memilih beliau untuk memegang watak Irham dalam syurga cinta, boleh jadi untuk mendidik beliau tentang mentaliti beliau itu. jadi terpulang pd beliau kerana sy obses dengan awal hanya kerana sukakan gaya dan bakat beliau", bukan kerana mahu dijadikan teman sehidup semati ", sekian. HEHE

    ReplyDelete
  7. Hmm obses pada gaya dan bakat? saya dah agak...

    ReplyDelete
  8. ye sebab kamu mmg terrer? HAHA. no offense la but it's normal.

    dan normal dalam konteks saya adalah masing2 punya pendapat masing2 dan ramai yang berpendapat seperti sy. ya itu normal. cuma yang saya agak kisah di sini seolah2 meminati awal itu tidak elok. bagaimana kalau sy katakan saya ini obses pada siti nurhaliza? sejak 1996 hingga saat ini ", obses dgn siti tak bermaksud saya juga harus berkahwin dengan org berusia :P. yang ingin sy sampaikan di sini adalah obses sy bukan membabi buta, tapi hanya menilai yang positif dan dijadikan panduan, yang negatif? itu hak dia. utk apa sy kisah? melainkan sy punya peluang untuk mengubahnya. ",

    ReplyDelete