Sunday, June 7, 2009

Lagenda Budak Setan?

Semalam saya ada terbaca tentang Lisa Surihani terima tawaran kontrak ekslusif bersama Astro. Kontrak tu khabarnya tak membenarkan dia muncul dalam siaran tv lain selama setahun. Tapi itu bukanlah perkara utama yang nak saya khabarkan di sini.

Apa yang menarik hati saya adalah Lisa sekarang sedang menjalani penggambaran filem yang masih belum ada tajuknya, tapi diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan. Jadi apa masalahnya?

Tidak ada apa-apa masalah “, malah saya seakan tidak sabar untuk menonton filem itu nanti. Kenape ye? Kerana filem ini adalah filem adaptasi pertama yang ceritanya saya sudah khatam entah berapa kali. Berbeza dengan filem-filem adaptasi lain (Harry Potter, Ayat-ayat Cinta, Twilight dll.) yang bukunya tak pernah saya baca. Dan kebanyakan orang mengulas bahawa cerita dalam novel lebih menarik dan ‘hidup’ berbanding dengan penceritaan dalam filem. Entahlah. Kerana tak pernah lagi mengalami, tapi bakal merasa sendiri tidak lama lagi. Harap-harap filem ini bukanlah filem melayu yang tipikal kerana bagi saya kisah Lagenda Budak Setan bukan cerita biasa-biasa”,

Tambah Lisa lagi, pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah Farid Kamil, Que Haidhar, Fazura dan Shiqin Kamal. Pastinya Lisa membawa watak Ayu, dan syukurlah kerana Lisa memang sesuai benar dengan karakter Ayu (bagi saya”,). Dan watak-watak lain tak dinyatakan, tapi ramalan saya pastinya Farid Kamil yang akan memegang watak Kasyah, budak setan yang akhirnya menjadi pencinta agung. Boleh jadi Que Haidhar pegang watak abang kepada Kasyah, ataupun Azmi.Entah, ramalan yang sukar. Dan antara Fazura dan Shiqin Kamal, siapa yang akan jadi Katerina? Saya sendiri pun tak pasti.

Yang saya tahu, saya mahu jadi penonton hari pertama tayangannya. Dan tak mustahil saya akan masuk panggung lebih dari sekali untuk cerita yang sama sekiranya filem itu berjaya keluar dari kelompok filem Melayu yang tipikal. Majulah filem Melayu untuk Negara “,

6 comments:

  1. yeay..harap2 betol filem ni mcm dlm novel
    teringat zmn skola suke bc ahadiat akasyah punye novel
    sekarang masih sukekah masirah???

    ReplyDelete
  2. oho. cik dream, sy suke sgt bace lbs sampai tak terbace novel2 dia yg laen kecuali katerina dan kasyah sebab tu sekuel die. HAHA.

    ReplyDelete
  3. lebih kurang, memang berlaku pertembungan novel popular dan novel sastera dan ahadiat akashah pernah membuat pertemuan denan para penulis novel sastera, dia juga pernah sekali diberi tugas utk ke indo membincangkan isu sastera dalam konferens di sana, pengiktirafan yg mengecewakan sasterawan, tapi mungkin novel popular dan novel sastera sudah ada tahalluf dan para penulis semua berlapand dada sampai tak ada siapa berani berdiri menyanggah faisal tehrani

    ReplyDelete
  4. pandangan en amermeftah bernas skali ye..
    hehe

    ReplyDelete