kau nak marah-marah,
kau nak perjuangkan hak kau,
kau nak bawak perubahan,
kau nak tunjuk perasaan,
ada aku kisah?
Tak. Aku tak kisah.
Tapi yang buat aku kisah,
bila akibat dari perlakuan kau,
mendatangkan susah pada aku.
Roadblock sana sini, jam sana sini.
eh tolong lah!
dan aku pelik jugak,
selama ni kau hidup dengan sengsara ke yang kau nak bawak perubahan sangat?
Jadilah orang-orang yang bersyukur, ok?
dan kawan-kawan yang disayangi,
sayangilah masa depan anda.
sayang bangsa, sayang negara. bukan hanya sayang par-ti. ok?
kau nak perjuangkan hak kau,
kau nak bawak perubahan,
kau nak tunjuk perasaan,
ada aku kisah?
Tak. Aku tak kisah.
Tapi yang buat aku kisah,
bila akibat dari perlakuan kau,
mendatangkan susah pada aku.
Roadblock sana sini, jam sana sini.
eh tolong lah!
dan aku pelik jugak,
selama ni kau hidup dengan sengsara ke yang kau nak bawak perubahan sangat?
Jadilah orang-orang yang bersyukur, ok?
dan kawan-kawan yang disayangi,
sayangilah masa depan anda.
sayang bangsa, sayang negara. bukan hanya sayang par-ti. ok?
tak kena atas batang idung cik masirah
ReplyDeleteoh. kalau kena pun saya tak berminat untuk gunakan cara begitu.
ReplyDeletekerana ayah selalu berpesan "do not go against the administration".
dan saya percaya, ada cara yang lebih baik. cuma saya tidak begitu mendalami bidang itu, jadi saya tak tahu apa caranya. tunggu lah, jika terbuka hati mendalami bidang itu.
buat masa sekarang ni, saya tak minat. kerana ada perkara yang lebih kritikal untuk difikirkan dan diperjuangkan. sekian.
*winkwink*
*winkwink* juga
ReplyDeleteistri yang dipisahkan dari suami selama lapan tahun, anak umur pat tahun yang bapanya diambil darinya tanpa sebab di tengah malam buta, laki yang disaikokan bahawa bininya di luar sudah kawen lain, soalnya tangkap tanpa sebab dan kira bicara
*winkwink*
xperlu kot nk riot tanpa ader faedah..antar org2 besar berbincang sudeh la..yg xder kuase wat pe nk buang mse buang tenage..gune kn saluran yg btol...jgn jd boneka...
ReplyDeletepada aku ada faedahnya, GMI kata berjaya walaupun tak sempat sampai istana, kalau tidak pun sekurangnya org mcm saudara azlan atau cik masirah boleh terbuka mata walaupun belum lagi,
ReplyDeleteparlimen adalah sebuah dewan agung kalau tidak pun suci yang mana orang-orang besar berkumpul untuk berbincang, malangnya asal saja ada hal yang dibangkitkan pihak oposisi untuk dibincangkan akan dihalang, yg dipertua dewan pun tak lepas,
maka nak bincang di mana lagi, ajak debat, tak mau konon buang masa, apa lagi yg boleh buat, mau tak mau yg org ni mampu, keluar beramai di jalan,
nak harapkan media? kirim salam sajalah ...
sedare azlan, siapa jadi boneka siapa aku tak tau, kerajaan tak habis-habis kata rakyat atau mahasiswa jadi boneka, tak sedar ke diri, ini adalah satu insult kepada rakyat dan mahasiswa yang ada kepala otak sendiri,
kita semua pilih side, mereka pilih jadi anti ISA, sedare pilih jadi pro-ISA, apa yg aku nampaklah kalau tidak pun anti-demo, kalau anti-ISA di kata boneka oposisi, maka tidakkah pulak yg pro-ISA atau anti-demo ni jadi boneka kerajaan?
mantiknya begitulah pada aku, sama-sama bonekalah kita ...
aku anti-demonstrasi kerana aku PRO-KEAMANAN dan ANTI-KEGANASAN.
ReplyDeleteaku hanya mahu malaysia ini aman. aku hanya mahu lihat malaysia jadi negara maju sebelum menutup mata. dan selama hidup ini, aku bangga jadi anak malaysia. aku bersyukur dari sekolah rendah hingga universiti, aku cari ilmu dengan subsidi kerajaan. siapa pun yang bakal jadi kerajaan, aku terima asalkan rakyat mendapat manfaat.
hanya kerana aku tidak menyokong anti-ISA tak bermakna aku pro-kerajaan. aku hanya terhutang budi.
saudara amermeftah, dun get me wrong ye",
walaupun kita semua punya perbezaan fahaman politik, kita tetap anak malaysia bukan? *winkwink*
kadang2..kte akn pkir kte jer yg btol..org laen salah..bukak mate?um..mmg bkak mate sbb da byk mende jahanam sbb smue tuh..so org cam kami yg x g berhimpun..lari2 dr polis..basah dgn air pmedih mate nih pro-isa la yer?owh...aku benci politik...sbb politik smue gado..mlayu2 bergadoh..ble aku ckp aku benci politik..org akn ckp..aku x amek tahu hal negare..mahasiswa yg xtahu ape..tahu sgt ke org2 yg ske politik tuh..tp dgn politik gk la negare akn maju...aku pgg satu mender..politik is a dirty game..mcm maner baek pon ko gune kuaser..ko stil dlm akn gune dgn cara yg sala satu satu ari nnt...mengape perlu bergado sdgkn kte leh aman?menang bercakap?debat..?bg aku smue tuh pnipu..kalo ko leh pusing ayat..ko ader fakta..ko s2dy..ko akn menang..tuh jew..bgunkn la negare..xyah tunding jarik jew....
ReplyDeletewowo alan. rileks bro. chill chill..
ReplyDeletepolitik itu tidak kotor. orang di dalamnya yang mengotorkan.
kalau kamu tidak suka politik tak apa. tiada masalah. tapi jgn lupa tanggungjawab memilih pentadbir dan pemimpin, ok? tu je yang penting. dan bila sudah pilih, kita serahkan pada mereka utk menunaikan tanggungjawab mereka pula. dan kita, teruskan hidup seperti biasa.
nah. kan aman begitu?
Tacitus berkata, a bad peace is even worse than war. Tak tahulah ada kaitan tidak. Tapi Cik Mas macam hippies pulak, hahaha.
ReplyDeleteYa, kita semua anak Malaysia dan sayangan Malaysia. Sebab itulah mereka-mereka itu keluar di jalan semalam, atas dasar sayangkan Malaysia walaupun sayang mereka itu lain dari yang lain iaitu bukan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Aku pun bersyukur kepada Allah Taala, dapat mengaji sampai tua. Tapi macam yg aku ckp awal, sebab tak kena atas batang hidung kita, kita tak rasa. Macam mana dengan mangsa-mangsa ISA? Atas dasar kemanusiaan, atas dasar persaudaraan, atas dasar cubit peha kira peha kanan terasa sakit, mereka keluar.
Terhutang budi tak bermakna kita kena tunduk ikut telunjuk dan ada pula beza antara budi dan tanggungjawab. Sebab tu aku berterima kasih pada kerajaan dan bukan bersyukur (lagi mcm tadak kaitan).
Sedare Azlan, kita semua cari kebenaran sebab tu kita pilih satu side sebab kita rasa ia benar. Aku rasa ISA salah itu benar dan kau rasa berdemo salah itu benar. Maka semua pun rasa dia betul. Dur wa tasalsul memang takkan habis.
Sedare Azlan, jgn resent pasa politik. Betul Cik Mas cakap politik tak kotor yang mengotorkan ialah politikus dan jgn resent pada debat, kau jugak yg cakap suruh berbincang dan aku dah ckp pintu perbincangan byk yg tertutup atau ditutup. Semua ni berlaku pun demi membangunkan negara. Tak logik ada org yg tolak pembangunan atau nak putar jam ke belakang.
Cik Mas, bagus pilihlah pemimpin dan serahkan pada mereka utk buat kerja. Tapi sebagai rakyat aku fikir it doesn't stop there. Kita cakna pemimpin jalan kerja atau tak. Kalau tak jalan kita suarakan melalui wakil kita di parlimen. Sebab tak dapat nak suarakan di situ yyang dia orang ni turun di jalanan tu. Kita adalah sistem check and balance utk government. Itu barulah demokrasi ...
Maaf Cik Mas, biar aku genapkan komen jadi sepuluh. Kalau ada masa luang, bukaklah baca blog ni kalau nak bincang hal-hal macam ni ...
ReplyDeletehttp://basuhbaju.blogspot.com/
haha. it's ok. sebenarnya tak minat sangat bab-bab ni. kamu lebih arif kot pasal ni. hahaha.
ReplyDeleteentri ni pon sebab cam tak puas ati sebab jalan jem teruk sme, roadblock sana-sini. sebetulnya kesemua entri aku adalah kerana aku terkesan dengan perkara itu. dan kerana aku warga kuala lumpur yang menggunakan jalan raya kuala lumpur, kene fikir gak golongan yang tak berapa nak amek tau sgt ni kot. la la la~
bkn ko mlas drive kew?hahaa..
ReplyDeletehaha excuse me. malas tak bererti tak buat ok. aritu g curve pon ako yg drive ok. HAHA
ReplyDelete