15 Ogos 2009. Kiranya dah setahun juga lah selepas reunion tidak rasmi semasa majlis rasmi Alep. HEHE.
Dan sekali lagi, satu hari ini saya habiskan waktu dengan teman-teman dalam reunion yang tak pasti tahap rasmi nya. *winkwink*
Perjalanan pagi yang panas dan kereta yang banyak disertakan dengan kecuaian sendiri salah masuk simpang sampai masuk Federal Highway menyedarkan saya untuk tidak bergantung harap kepada GPS sepenuhnya. HAHA.
Waktu tengah hari saya habiskan di Sunway Pyramid yang sah-sah penuh manusia sebab rupanya MTV World Stage ke ape tu berlangsung petang itu. OK. tak amek port sebab takde lah gila Hoobastank, mahupun Estranged. Alah, kalau Bunkface sekali pun buat apa nak hafal bila dan di mana, membazir ruang memori dalam otak. HEHE
Petang itu langsung ke Subang menyambung sesi 'perbincangan hal ehwal semasa' sambil jadi penjaga beg, wallet dan handphone tak bertauliah bagi pemain-pemain futsal yang nampaknya riang ria kanak-kanak Ribena.
Disebabkan pemandangan terhad jadi saya setia jadi penonton perlawanan. Seronok. Lihat bola. Dan juga si pengejar bola. Sedar tak sedar, satu dekad dah berlalu sejak dari hari itu. Dari anak-anak kecil naif kini sudah hampir menggapai bintang, sudah mampu bermimpi hebat dan kenal kehidupan. Mungkin ada yang tidak mengerti ikatan yang tersimpul rapi antara setiap anak-anak kecil itu dulu, hakikatnya ikatan itulah yang menyatukan kita kembali. Tak kiralah lima tahun dulu, setahun lalu, atau sepuluh tahun nanti pun. Seribu tahun .. mungkin?? *winkwink*
Dan aktiviti setelah itu amat mencabar bagi saya. Asalnya, mahu makan malam langsung sesi karaoke. Sudahnya, ikutkan kapal entah berapa nakhoda, sampai jam 10.30 pm pun perut belum terisi. Nasib baik lah si pemandu tampak cool & steady, maka saya pun ikut cool & steady lah walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu. HUHU
Akhirnya, jam 11 pm tiba di Syed Bistro dan bermulalah sesi balas dendam.
1NasiGorengPattaya+1/2NasiGorengKampungEsoh+Teh O Limau Suam
= Perut Kenyang Suka Hati ",
= Perut Kenyang Suka Hati ",
Dan memang hati terhibur sungguh ketika itu dengan karenah tujuh orang kami. ",
Semalaman di rumah Yan bersama Esoh dan berbicara memeluk bantal sampai jam lima pagi juga menghiburkan. Terlalu banyak rasanya isi perbualan dan gelak sakan bagai nak gila. Terlalu lama rasanya tidak berbuat begitu, dan akhirnya terubat jua rindu ",
Ya memang benar sekali kita tidak perlu berpatah kembali pada waktu dulu. Benar juga tidak perlu mengenang apa yang telah hilang. Dan betul juga tak perlu emosi atas yang lama terjadi.
Tapi tak salah rasanya bicara kembali cerita kita bagaikan layar mempamer detik-detik suka terselit duka ",
Dan memori pun tercipta lagi *winkwink*
Cuma satu persoalan yang masih belum terjawab dari dulu..
ermm ... Takpe lah. Biar jadi misteri ",
ermm ... Takpe lah. Biar jadi misteri ",
orang len sume kutuk gila-gila driver T___T nasib baik kamu puji kalau tak semua dah kena campak luar kahkah
ReplyDeleteoho. seb bek lah tiada adegan campak mencampak. kalo tak makan batu tepi jalan je lah mengisi perut yang lapar.*winkwink*
ReplyDeletelgpn mcm paham kot if itu cara pemanduan egypt. HEHE
pemandu yang tampak cool dan steady? *winkwink*
ReplyDeleteeh kenal ke sape? ke nak bekenalan ngn die? *winkwink*
ReplyDeletebest2 ",
ReplyDeletekenal dah ... *winkwink*
ReplyDeleteoh bgos2. die drive mmg cool and steady ke seblom ni? *winkwink*
ReplyDeleteT___T kena perli kahkah
ReplyDeletedia ride
ReplyDeleteya tau. tp tak pernah drive kah dia di sana?
ReplyDeleteeh ayep. sape kene perli? sape?