Lost Found Inquiry?
Lame Fussy Invisible?
Look For I?
HAHA. merepek. ok lah. tadi tibe-tibe terfikir satu istilah ni.. yang aku wujudkan sendiri dalam kehidupan aku.
LFI = Lelaki Fiksyen Idaman.
Baru-baru ni satu Malaya gempar dengan Seth Tan, yang perempuan dok jadi cecair (aku la tu) yang lelaki dok menyampah, buat bodo, ignorance is bliss. Tapi ade jugak lah kawan-kawan perempuan yang menidakkan kewujudan Seth tu kat aku, tapi dorang ni da kawen, so aku tak amik pusing sgt lah sbb mgkin dorang cakap melalui pengalaman kan.
Hari-hari aku berangan kalau satu hari nanti aku jumpe lelaki macam Seth. Tapi, otak kiri aku rasionalkan semua tu, ye, kalau ade pun 1 dalam sejuta. dan kalau ade pun, mcm lah aku dapat? kannnnnn......
So bila bercakap pasal Lelaki Fiksyen Idaman ni, maksud aku adalah watak dalam filem atau novel yang bikin hati cair. Kalau korang tanya aku, dalam kepala ade 3 nama je.
1. Kasyah Khairuddin - Lagenda Budak Setan.
Ini memang legend. Dari zaman sekolah memang berangan abis nak boyfriend mcm Kasyah. Punya lah sayang gile die dekat Ayu, sampai Ayu dah hilang ingatan pun die kawin jugak dengan Ayu. Tapi aku paling suka Kasyah mase zaman sekolah sampai zaman Uni. sweet gile, tak payah buat movie, aku baca novel je boleh jatuh hati dengan Kasyah :)
2. Adam - Adamaya The Series
Yang ini pun aku suke mungkin sebab hero die Sein. Lakonan die sebagai Adam superb sebab tu aku pernah keluarkan statement "Kalau Adam itu wujud, aku mahu jadi Maya". Punyelah mithali si Adam ni, bertanggungjawab, caring, romantic in his own way. Yang paling touching is Adam ni sabar tahap dewa okayyyy. Aku tak bleh la lelaki sabar-sabar sgt ni, bikin hati cairrr. Walaupun kahwin bukan atas dasar cinta, tapi kesabaran die jaga Maya tu buat pompuan terharu. mane nak jumpe lelaki sabar gile mcm tu weh? ce bitau! dah tu, siap dah plan future siap-siap if anything happen to him, Maya will get everything, so that Maya tak la susah nanti. OMG. zaman sekarang ni, lafaz cerai still on hold kat mahkamah, dah fikir nak tuntut harta sepencarian. jadi, watak Adam ni, kire fiksyeennn sangat!
3. Seth Tan - Nora Elena
Tak perlu aku cite panjang lah. Seth romantic gileeee. nak satu please! HAHA. Seth setia, niat die baik. memang die pernah buat silap besar, tapi die bertanggungjawab. susah kan nak jmp lelaki mcm tu skrg? kalo senang, tak de la orang nak buang baby merata. Seth ni sweet die lain macam lahh, pada aku, Aaron Aziz memang layak la jadi Seth tu, impak die maksima beb. the way how he treated Nora right from the start memang gentleman sangaaattt. So, Seth ni pun kite fiksyeennnn sangaattt!!!! Tak wujud tak wujud.
3 name ni, Kasyah, Adam & Seth, ade satu persamaan yang aku rasa boleh bikin hati cairrr. Simple but true, they adore the women they love.
enuff said. till we meet again :)
Yang ini pun fiksyen jugak LOL :P
suke kad kawen tu hahahaha :p
ReplyDelete