"Dream.when I want you. in my arms. when I want you. and All your charms, whenever I want You. all I have to do is DREAM"
+All I have to do is dream (Everly Brothers)+
"Mimpi. adalah kunci. untuk kita menaklukkan dunia"
+Laskar Pelangi (Nidji)+
Orang kata mimpi itu boleh jadi sesuatu yang kita inginkan, yang kita sering fikirkan. Ada betulnya. Kerana seringkali aku bermimpi yang indah. Mengapa ia indah? kerana ia menepati kehendak dan keinginanku.
Tapi aku suka. Aku suka kerana selalu juga aku mimpikan impianku. dan bila aku bangun dari tidur, aku pasti tersenyum. Itulah inspirasiku. Yang buatkan aku mahu terus melangkah, walau di hadapan itu aku tak tahu .
Dan yang paling aku suka, bila aku rindu. Mungkin tak perlu bersua muka, cukuplah dalam mimpi yang diizinkanNya. Maka bila pagi menjelang, pasti senyuman terukir di bibir. Biarpun dalam mimpi, aku tetap puas hati ",
+dan aku tahu, mimpi itu yang aku mahu. andai kau tahu apa ku mahu, akankah kau berlalu? atau kau beri apa ku perlu?+ ~marsmaseira~
pandai berfalsafah dan mengayat rupanya marsmasiera ni....satu kelebihan..yang orang lain tiada...
ReplyDeleteoh encik lelaki melayu typical. bukan mengayat. tapi membina ayat. kan dlu kat skola cikgu da aja. hehe
ReplyDeletemengayat dan membina ayat....lain ker? cam same jer
ReplyDelete